Berita Harian

Khairy setuju jumpa PSM

Cadangan awal pertemuan dijadual minggu depan

- Oleh Naqib Nor Said

Hasrat Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) untuk bertemu Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi menyelesai­kan isu penggugura­n sepak takraw dari Program Podium akhirnya menerima jawapan.

Sedia berjumpa

Semalam Menteri Belia dan Sukan itu mengesahka­n kesediaan berbuat demikian.

Bagaimanap­un, tarikh sebenar pertemuan itu belum ditetapkan kerana beliau perlu meneliti jadualnya terlebih dulu.

“Saya belum putuskan lagi (tarikh sebenar pertemuan) kerana masih meneliti jadual dan memang cadangan awal saya pada minggu depan.

“Biar saya bertemu dengan mereka dulu dan tengok apa keputusan yang akan dibuat,” katanya selepas melancarka­n Kejohanan Golf Piala Eurasia 2018 di Glenmarie Golf and Country Club, di sini, semalam.

Bulan lalu, Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail dilaporkan mahu bertemu Khairy susulan keputusan MSN menggugurk­an sukan tradisi itu daripada sukan teras daripada Program Podium.

Selain sepak takraw, dua sukan lain yang turut digugurkan ialah taekwando dan angkat berat yang menyaksika­n ketigatiga sukan itu turut tidak dipertandi­ngkan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) di Ipoh tahun ini.

Antara alasan penggugura­n sepak takraw kerana tidak menunjukka­n peningkata­n prestasi dan gagal memenangi pingat emas Sukan SEA sekiranya Thailand mengambil bahagian dalam acara yang sama.

Malah, keputusan itu menyebabka­n Ahmad Ismail turut bengang dan menuduh pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) bermain politik dan berkomplot cuba menjatuhka­nnya.

“Saya tidak pasti apa yang dimaksudka­n oleh Datuk Seri Ahmad Ismail dan saya tidak tahu beliau rujuk kepada apa. Beliau kata ada komplot dan ada bukti tetapi saya tidak tahu apa komplot yang dimaksudka­nnya itu,” kata Khairy.

Dalam perkembang­an lain, Khairy berkata perlumbaan berbasikal jelajah berprestij di rantau ini, Le Tour de Langkawi 2018 akan dilancarka­n dalam masa terdekat.

“Pada majlis pelancaran itu nanti kita boleh tengoklah semua maklumat terperinci berkaitan kejohanan itu,” katanya

 ?? [ FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/ BH ] ?? Khairy dan Pengerusi Persatuan Profesiona­l Golf Malaysia (PGM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) bersama ketua pasukan Eropah, Thomas Bjorn (dua dari kiri) dan ketua pasukan Asia,
Arjun Atwal
(dua dari kanan) memperagak­an trofi Piala Eurasia pada...
[ FOTO MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT/ BH ] Khairy dan Pengerusi Persatuan Profesiona­l Golf Malaysia (PGM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) bersama ketua pasukan Eropah, Thomas Bjorn (dua dari kiri) dan ketua pasukan Asia, Arjun Atwal (dua dari kanan) memperagak­an trofi Piala Eurasia pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia