Berita Harian

Gavin, Ikeda serasi saingan Fourball

-

Shah Alam: Bintang golf negara, Gavin Kyle Green melihat masalah komunikasi bukannya halangan besar untuk dia dan pemain Jepun, Yuta Ikeda beraksi baik dalam aksi pembukaan Piala Eurasia, hari ini biarpun gandingann­ya tidak boleh menutur bahasa Inggeris dengan baik.

Gavin, 25, yang membuat penampilan sulung akan berganding­an buat kali pertama dengan Ikeda buat Pasukan Asia.

Mereka diundi bertemu Thomas Pieters dari Belgium dan Matthew Fitzpatric­k dari England yang mewakili Pasukan Eropah dalam saingan fourball.

Bagi Gavin yang juga pemenang carta Order of Merit Jelajah Asia 2017, dia tidak mempu nyai masalah membentuk gandingan yang mantap bersama Ikeda kerana sudah mendapat input mencukupi sepanjang dua hari latihan bersamanya.

Gandingan sempurna

“Saya dan Ikeda amat sesuai digandingk­an kerana dia mempunyai pukulan tee yang lurus manakala kelebihan saya pula terletak pada pukulan yang jauh. Jadi kami bakal membentuk gandingan yang sempurna.

“Dengan pengalaman­nya dan bimbingann­ya saya percaya strategi Pasukan Asia ini akan membawa kejayaan,” kata Gavin pada sidang media pengumuman undian bagi saingan fourball Piala Eurasia di Kelab Golf dan Country Glen

Casey (Eropah) mln Byeonghun An-kiradech Aphibarnra­t (Asia), 8.30pg

Fitzpatric­k (Eropah) mln Yuta Ikeda-gavin Green (Asia), 8.50pg

Dunne (Eropah) mln Hideto Tanihara-phachara Khongwatma­i (Asia), 9.05 pg

Levy (Eropah) mln Sunghoon Kang-poom Saksansin (Asia), 9.20pg

Cabrera Bello (Eropah) mln Nicholas Fung-li Haotong (Asia), 9.35pg

Hatton (Eropah) mln Anirban Lahiri-ssp Chawrasia (Asia), 9.50pg marie, semalam.

Dalam undian acara itu, gandingan Byeonghun An dan Kiradech Aphibarnra­t akan memulakan saingan bertemu Tommy Fleetwoodp­aul Casey, diikuti pertemuan Gavinkeda berdepan Pietersfit­zpatrick.

Cabaran Hideto TaniharaPh­achara Khongwatma­i menentang Alex Norenpaul Dunne menyusul selepas itu diikuti perlawanan antara Sunghoon Kangpoom Saksansin.

Dua lagi perlawanan pada hari pertama menampilka­n Nicholas Fungli Haotong bertemu Bernd Wiesberger­rafa Cabrera Bello, serta Anirban Lahirissp Chawrasia melayan cabaran Ross Fishertyre­ll Hatton.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia