Berita Harian

Isu gaji diharap tiada lagi

Kevin sifatkan pelbagai langkah FMLLP sebelum ini bantu tangani masalah

- Oleh Zulfaizan Mansor

Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) berharap Liga Malaysia musim ini tidak lagi terpalit dengan isu tunggakan gaji pemain seperti yang dihadapi beberapa pasukan musim lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam berkata, pengenalan sistem pelesenan kelab yang secara rasmi akan dimulakan untuk Liga Super musim ini dijangka mampu mengatasi masalah itu.

Malah, beliau percaya kebanyakan pasukan sudah belajar daripada kes beberapa pasukan sebelum ini yang terpaksa berdepan pemotongan mata dan digantung daripada melakukan perpindaha­n pemain kerana isu berkenaan.

“Bagi saya, sememangny­a isu ini akan mengambil masa dua atau tiga tahun untuk diselesaik­an sepenuhnya. Pelbagai langkah sudah diambil termasuk hukuman berat dan yang terbaru sistem pelesenan kelab.

“Kita boleh lihat arah tuju itu sudah betul dan kita jangka dalam masa terdekat ini, isu seperti ini tidak berulang lagi. Malah, Pengerusi FMLLP (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) sangat serius dengan isu tunggakan gaji pemain,” katanya semalam.

Ditolak enam mata

Pada pertengaha­n musim lalu Kelantan, Tteam, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berdepan hukuman ditolak enam mata selepas gagal melengkapk­an pendaftara­n pasukan untuk menyertai Liga M.

Ia susulan pasukan terbabit berdepan masalah kewangan dan tunggakan gaji sehingga gagal memuat naik Surat Selesai Baya ran/tunggakan Gaji, Surat Selesai Bayaran/ Tunggakan KWSP, Surat Bayaran/tunggakan PERKESO dan Surat Selesai Bayaran/tunggakan LHDN bagi melengkapk­an pendaftara­n pasukan.

Kelantan turut dikenakan penggantun­gan tidak boleh mendaftark­an pemain baharu yang menyaksika­n mereka gagal menggunaka­n khidmat Seydi L Imam sehingga tamat musim.

Selain itu, Kevin menjangkak­an Liga M musim ini jauh lebih baik berbanding beberapa musim sebelum ini.

“Saya boleh katakan musim ini akan menjadi satu musim yang ditunggutu­nggu dan jauh berbeza berbanding sebelum ini, terutama mengenai siaran langsung dan penajaan.

“Namun, kita perlu menunggu pengumuman rasmi daripada Tunku Ismail sebelum menjelaska­n perancanga­n yang bakal dilakukan,” katanya.

 ??  ?? Kevin Ramalingam,
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP
Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia