Berita Harian

Perak uji keupayaan jumpa skuad hebat

- Oleh Azizan Hashim

Ipoh: Perak akan menguji kemampuan menentang lawan lebih hebat dalam aksi persahabat­an apabila tiba masanya, kata pengendali­nya, Mehmet Durakovic semalam.

Jaminan berkenaan diberikan jurulatih The Bos Gaurus itu selepas Perak mengadakan dua perlawanan dengan pasukan liga bawahan iaitu FELCRA United dan MOF FC setakat ini.

“Sudah tentu saya akan aturkan perlawanan dengan pencabar kuat kerana kami masih di peringkat membentuk pasukan. Justeru, saya mahu lihat keserasian dan persefaham­an dalam kalangan pemain.

“Sebenarnya, bertemu pasukan kerdil pun bukannya mudah biarpun kami menang 51 dan 41,” katanya pada majlis memperkena­lkan pemain import baharu pasukan Perak, semalam.

Puas hati

Bagaimanap­un, Mehmet yang berpeluang menguji dua import baharu iaitu ketua pasukan kebangsaan Filipina, Misagh Medina Bahadoran dan pemain Brazil, Wander Luiz Bitencourt Junior berpuas hati dengan persembaha­n keseluruha­n anak buahnya.

“Mereka menunjukka­n komitmen dan kesungguha­n tinggi semasa perlawanan. Jurulatih Perak

“Lebih utama pemain bermain seperti diharapkan. Saya puas hati dan gembira dengan aksi mereka,” katanya.

Begitupun Durakovic mengakui benteng Perak masih longgar dan mereka perlu mencari seorang pemain import berwibawa di bahagian itu.

“Saya perlukan bek tengah mantap untuk digandingk­an dengan pemain sedia ada,” katanya.

Jurulatih itu berkata usaha memantapka­n pasukan akan diteruskan dengan Perak mengadakan latihan pusat di Lumut tidak lama lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia