Berita Harian

Kim Swee minta pemain kembali fokus

Pengendali Malaysia sifatkan Jordan ditemui esok, setaraf Iraq, Arab Saudi

-

Datuk Ong Kim Swee berkata, anak buahnya perlu kembali fokus selepas tewas 1-4 kepada Iraq dalam aksi pembukaan Kejohanan Bawah 23 (B-23) AFC, di Stadium Changshu, di sini, kelmarin.

Beliau mengakui lawan seterusnya dalam Kumpulan C iaitu Jordan dan Arab Saudi yang terikat 2-2 dalam aksi pembukaan adalah lawan setara seperti juara 2013, Iraq.

“Pada perlawanan menentang Jordan nanti, saya akan terapkan permainan sama (ketika bertemu Iraq) tapi mahu pemain melakukan perkara positif agar lebih konsisten.

“Pemain juga tak boleh melakukan kesilapan lagi, kesilapan di kejohanan peringkat ini akan membuatkan kita dihukum,” katanya yang sebelum ini mengaitkan kekalahan skuadnya kelmarin berpunca daripada kesilapan pemain sendiri.

Kim Swee ditemui ketika mengadakan latihan di Padang Latihan Sekolah Tinggi Changshu semalam tanpa kapten Adam Nor Azlin yang direhatkan akibat demam, manakala penyerang, N Thanabalan pula mengalami hamstring.

Pendekatan sama

Dalam perlawanan itu, Iraq memastikan kemenangan menerusi jaringan Mohammed Khalid Jaffal pada minit kelima, Amjeed Attwan Kadhim (ke-28), Alaa Ali Mhawi (ke-57) dan Hussein Al-saedi (ke-81).

Jaringan tunggal Malaysia diperoleh melalui Safawi Rasid pada minit ke-79.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata beliau tetap menggunaka­n pendekatan sama apabila berdepan Jordan, esok.

Ini kerana dia percaya, pentas Asia ini adalah medan terbaik untuk beliau menguji kemampuan anak buahnya mengikut corak permainan yang diinginkan.

“Saya boleh datang dengan corak taktikal bertahan setiap perlawanan tapi apa yang kita dapat pelajari hanya bertahan, kita tak akan pelajari corak permainan yang kita inginkan.

“Untuk pendedahan dan masa depan yang lebih baik, kita harus mula dengan corak permainan kita sendiri.

“Kita lakukan perkara positif dalam permainan semalam tapi tak konsisten, itu menyebabka­n kita hilang kawalan dari segi penguasaan permainan,” katanya

Dalam aksi kelmarin, biarpun Iraq lebih mendominas­i perlawanan, namun pemain negara tetap berani melancarka­n asakan dan berjaya menembusi gawang lawan menerusi jaringan Safawi.

 ??  ?? Ong Kim Swee
Ong Kim Swee
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia