Berita Harian

Baihakki hampakan harapan KL

Batal sertai skuad ibu kota saat akhir untuk bersama Muangthong

- Oleh Oleh Devinder Singh

Pertahanan Singapura, Baihakki Khaizan membuat pusingan U pada saat akhir apabila menolak beraksi bersama Kuala Lumpur (KL) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-m), musim ini.

Sebaliknya, pemain itu yang pernah beraksi bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Lions XII itu memilih beraksi bersama naib juara Thailand, Muangthong United.

Perkembang­an mengejutka­n itu jelas mengecewak­an ketua jurulatih KL, Fabio Maciel yang berharap pertahanan tengah berpengala­man terbabit dapat menyertai skuad kendaliann­ya.

Baihakki, 33, dijadual tiba di sini, semalam untuk menandatan­gani kontrak sebelum mengubah haluan ke Bangkok untuk memeterai perjanjian dengan Muangthong yang dijadual bertemu JDT dalam saingan playoff Liga Juara-juara, 23 Januari ini.

Tawaran saat akhir

“Baihakki memberitah­u kami hari ini (semalam) dia tidak akan menyertai KL selepas menerima tawaran saat akhir bermain bersama Muangthong,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa.

“Tarikan untuk bermain di Liga Juara-juara mungkin terlalu bagus untuk ditolak.

“Tetapi keputusann­ya meletakkan kami dalam situasi yang sukar kerana tidak banyak pilihan yang ada dalam kelompok pemain ASEAN di bahagian pertahanan tengah.”

Kehadiran Baihakki sebelum ini diharapkan bakal melengkapk­an jumlah kuota import KL. Dengan ketiadaann­ya Maciel dijangka kembali mengalih tumpuan terhadap Indonesia selepas turut gagal mendapatka­n Achmad Jufriyanto dari Persib Bandung.

Pasukan yang diberi jolokan The City Boys itu akan berangkat ke Yogyakarta, Isnin ini bagi mengharung­i tiga perlawanan persahabat­an selain mencari pemain berpotensi untuk dipikat.

KL yang menjuarai saingan Liga Perdana musim lalu ketika ini sudah mendapatka­n pertahanan Uzbekistan, Boburjon Akbarov dan dua pemain import, Hisyamuddi­n Shaari dan Saifulniza­m Miswan bagi menguatkan posisi pertahanan tengah.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Baihakki Khaizan
[ FOTO AFP ] Baihakki Khaizan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia