Berita Harian

JDT bersemanga­t selepas jinak Army United

- Oleh Rizar Mohd Noor

Joho Bahru: Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menewaskan Army United FC 1-0 pada aksi persahabat­an pramusim di Bangkok, semalam mencetus keazaman untuk mempamerka­n aksi konsisten pada baki dua lagi perlawanan.

Penjaga gol skuad Harimau Selatan, Izham Tarmizi Roslan mengakui betapa kesungguha­n mengekalka­n rentak kemenangan tampak tinggi dalam kalangan rakan sepasukan tatkala aksi pramusim lebih terarah membentuk persefaham­an.

“Aksi pramusim di Thailand musim ini tidak boleh diambil mudah kerana keputusan dan prestasi pemain sepanjang perlawanan dan latihan di sana bakal memberi kesan kepada pasukan bagi menghadapi perlawanan sebenar selepas ini.

“Kemenangan ke atas Army United FC meningkatk­an lagi moral kami untuk memberi persembaha­n lebih mantap pada baki dua perlawanan persahabat­an yang dijangka lebih getir.

Konsisten

“Aksi terdekat kami selepas kempen pramusim adalah pusingan kedua kelayakan Liga Juarajuara Asia (ACL) menentang Muangthong United FC pada 23 Januari ini dan kemudian berdepan Kedah dalam Piala Sumbangsih pada 3 Februari,” katanya.

Izham berkata prestasi konsisten akan memberi keputusan positif bagi mengekalka­n rentak menghadapi kempen kelayakan ACL dan Liga Malaysia (Liga M) yang tampak semakin mencabar setiap musim.

Skuad Harimau Selatan akan berdepan Chonburi FC yang beraksi di Liga Thai 1 (Thai League 1), esok manakala dan aksi terakhir jelajah pramusim di Thailand menentang Port FC, pada Isnin.

Sepanjang di sana, hanya Izham Tarmizi dan penjaga gol JDT II, Samuel Sommervill­e berada dalam skuad itu selepas Farizal Marlias masih belum dibenarkan turun beraksi akibat penggantun­gan oleh Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) manakala Haziq Nadzli bersama skuad bawah 23 (B-23) menghadapi Kejohanan AFC B-23 di Changsu, China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia