Berita Harian

Ringgit kukuh disokong pertumbuha­n ekonomi

Prestasi eksport mantap, pemulihan harga minyak global turut lonjak nilai mata wang tempatan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Wan Noor Hayati Wan Alias

Pengukuhan nilai ringgit berbanding mata wang utama dunia ketika ini disokong pertumbuha­n ekonomi negara yang amat memberangs­angkan, selain daripada prestasi eksport yang mantap serta pemulihan harga minyak mentah global.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata dalam tempoh 11 bulan 2017, eksport negara berkembang kukuh dengan meningkat hampir 20.2 peratus, sekali gus menyokong pengukuhan mata wang tempatan.

Sementara itu, harga minyak mentah global ketika ini berada pada paras AS$69.12 satu tong meningkat daripada sekitar AS$45 satu tong pada Jun 2017.

“Apabila ekonomi negara kukuh, harga minyak meningkat serta pertumbuha­n eksport yang kukuh, ia akan memberi kekuatan kepada ringgit,” katanya.

Ekonomi negara terus berkembang

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran rasmi Daftar Pengurus Harta di Kuala Lumpur, semalam. Yang hadir sama Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Johari berkata, ekonomi negara juga dijangka terus berkembang kukuh tahun ini dengan diunjurkan berkembang antara 5.05.5 peratus, sementara ekonomi global dijangka berkembang pada kadar antara 3.7 hingga 3.8 peratus bagi 2018.

Beliau berkata, apabila perdaganga­n global meningkat, ia akan memberi impak positif kepada negara memandangk­an Malaysia mengamalka­n ekonomi terbuka.

Sementara itu, mengenai rancangan mengenakan cukai digital terhadap platform digital, Johari berkata, kerajaan masih meninjau mekanisme terbaik untuk mengenakan cukai berkenaan.

Beliau berkata, kirakira 20 peratus transaksi perniagaan dalam negara dilaksanak­an menerusi platform digital.

Katanya, kerajaan masih menunggu maklum balas daripada Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n (OECD) mengenai cara mereka menguruska­n cukai berkenaan.

 ?? [ FOTO HIASAN] ??
[ FOTO HIASAN]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia