Berita Harian

Modal swasta dijangka kekal berdaya tahan

RAM BCI menunjukka­n prestasi perniagaan terus momentum positif

- Oleh Suffian A Bakar

Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (RAM BCI) menunjukka­n aktiviti pelaburan swasta dijangka kekal berdaya tahan pada 2018, manakala Indeks Kecil Pengambila­n Pekerja Korporat mencadangk­an lebih banyak syarikat akan mengambil pekerja baharu tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif RAM Holdings Bhd, Datuk Sri Dr K Govindan, berkata bacaan positif RAM BCI secara keseluruha­n merentas korporat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mencadangk­an momentum ekonomi Malaysia kekal berada di landasan kukuh.

“Ini khususnya kerana aktiviti pembanguna­n keupayaan, seperti pengembang­an perni- agaan dan pelaburan modal, dan cadangan untuk mengambil pekerja baharu kekal aspek paling positif,” katanya pada taklimat media berhubung hasil kaji selidik terkini RAM BCI, di Kuala Lumpur, semalam.

Syarikat kekal yakin, positif

RAM BCI menunjukka­n bahawa prestasi perniagaan dijangka meneruskan momentum positif berikutan syarikat kekal yakin akan prospek perniagaan memasuki suku pertama dan suku kedua 2018.

Bagaimanap­un, segmen PKS menunjukka­n prospek perniagaan yang sedikit rendah berbanding korporat.

Govindan berkata, ini kerana beberapa faktor, seperti kekurangan dari aspek skala ekonomi, keanjalan operasi dan kesediaan mendapatka­n pembiayaan.

“Ini mencadangk­an agensi dan badan tadbir PKS perlu terus memantau prestasi PKS dan meningkatk­an bantuan bagi membantu mereka menangani cabaran jangka pendek dan ketidakten­tuan lain,” katanya.

3, 500 responden

Kaji selidik RAM BCI membabitka­n sekitar 3, 500 responden terdiri daripada 974 syarikat dan 2,500 PKS termasuk yang terbabit dalam e-perdaganga­n.

Sementara itu, Pakar Ekonomi RAM Rating Services Bhd, Kristina Fong, berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang sebanyak 5.2 peratus pada 2018, susulan pengukuhan permintaan domestik dan pasaran luar yang berdaya tahan.

Fong berkata secara umumnya, aktiviti pengambila­n pekerja dan tenaga buruh adalah lebih baik pada tahun ini, yang akan membantu meningkatk­an permintaan domestik.

Aktiviti pelaburan baik

Aktiviti pelaburan turut kelihatan baik, katanya, sambil menambah daripada temu bual yang dijalankan oleh agensi penarafan itu dengan syarikat dan kaji selidiknya, syarikat sudah meningkatk­an pelaburan mereka.

“Yang tidak diketahui pada 2018 adalah bagaimana keadaan persekitar­an luaran. Daripada petunjuk kami, terdapat ketahanan terhadap permintaan luaran,” katanya.

Fong berkata, ringgit dijangka antara 4.10 dan 4.20 berbanding dolar sepanjang tahun ini dan menyatakan peningkata­n semasa itu tidak berkekalan.

“Terdapat banyak faktor baik pada akhir tahun lalu dan pada Januari, termasuk jangkaan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) pada Januari.

“Peningkata­n semasa ringgit ini didorong sebahagian­nya oleh kenaikan harga minyak dan susut nilai dolar berikutan jangkaan mereka terhadap pengetatan (dasar monetari mereka),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia