Berita Harian

IPP Malaysia naik 5 peratus November

-

Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian (IPP) Malaysia meningkat 5.0 peratus tahun ke tahun kepada 134.8 pada November 2017, disokong oleh pertumbuha­n positif dalam pengeluara­n tiga sektor utama iaitu pembuatan, perlombong­an dan elektrik.

Indeks pembuatan melonjak 6.7 peratus pada bulan itu, manakala perlombong­an naik 0.2 peratus dan elektrik sebanyak 3.9 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan.

Ia berkata indeks bagi Oktober 2017 tidak berubah pada 3.4 peratus tahun ke tahun.

Jabatan itu berkata pada asas tahun ke tahun, subsektor utama pembuatan, yang mencatatka­n pengembang­an pada November 2017 ialah petroleum, bahan kimia, getah dan produk plastik (7.5 peratus), produk elektrik dan elektronik (6.9 peratus) dan makanan, minuman dan produk tembakau (8.2 peratus).

Pada asas bulan ke bulan, IPP pada November 2017 mencatatka­n peningkata­n 1.9 peratus disebabkan peningkata­n indeks pembuatan sebanyak 2.8 peratus dan indeks elektrik sebanyak 0.8 peratus manakala indeks perlombong­an tidak berubah.

Secara kumulatif, IPP meningkat 4.7 peratus dari Januari hingga November 2017 berbanding tempoh yang sama sebelumnya. Peningkata­n ini juga disebabkan kenaikan dalam semua indeks iaitu pembuatan (6.2 peratus), perlombong­an (0.9 peratus) dan elektrik (2.5 peratus).

Dalam nota berasingan, jabatan itu berkata jualan pembuatan November Malaysia terus mencatatka­n pertumbuha­n kukuh sebanyak 10.9 peratus, meningkat kepada RM66.6 bilion berbanding RM60.1 bilion yang dilaporkan setahun lalu.

Tahun ke tahun, peningkata­n ketara dalam nilai jualan pada November 2017 disumbangk­an oleh peningkata­n dalam produk elektrik dan elektronik (8.8 peratus), petroleum, kimia, getah dan produk plastik (17.8 peratus) dan produk bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (4.8 peratus).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia