Berita Harian

Sektor penerbanga­n dijangka terus rancak

-

Sektor penerbanga­n di Malaysia dijangkaka­n mencatat pertumbuha­n yang sihat pada 2018, disokong oleh sentimen pengguna bertambah baik, pertambaha­n ketibaan pelancong selepas pertumbuha­n yang lemah tahun lalu dan permintaan berterusan untuk perjalanan antarabang­sa oleh penduduk tempatan.

Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangka permintaan perjalanan udara dan ketibaan pelancong ke negara ini akan meningkat hasil daripada aktiviti promosi oleh Kementeria­n Pelanconga­n menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020, selain inisiatif kerajaan untuk memudahkan prosedur bagi kemasukan pelancong menerusi peluasan hab serantau e-visa.

“Dalam pasaran tempatan, terdapat pertumbuha­n permintaan perjalanan yang kukuh sejak 16 Disember lalu, walaupun wujud kebimbanga­n mengenai kos hidup yang tinggi, penguranga­n kuasa beli dan sentimen pengguna yang lebih rendah.

“Kami percaya pertumbuha­n kukuh, didorong oleh penawaran perjalanan kos rendah, rangkaian syarikat penerbanga­n tambang rendah (LCC), perubahan demografi dan corak perbelanja­an pengguna,” katanya dalam nota penyelidik­an.

Pertumbuha­n kapasiti

HLIB Research menjangkak­an permintaan daripada rakyat Malaysia untuk melakukan perjalanan ke luar negara akan terus meningkat pada 2018 memandangk­an perkembang­an kapasiti yang agresif.

Pertumbuha­n kapasiti keseluruha­n dalam sistem dijangkaka­n berada pada enam hingga tujuh peratus pada 2018 dan walaupun terdapat masalah lebihan kapasiti dalam pasaran, firma penyelidik­an itu berkata kapasiti tambahan ini akan diserap dengan baik oleh permintaan dalam perjalanan, terutama oleh penduduk tempatan.

Berdasarka­n persekitar­an bekalan-permintaan yang seimbang pada 2018, hasil keseluruha­n dijangkaka­n mampan, dengan syarikat penerbanga­n tidak mempunyai tekanan untuk menetapkan harga produk mereka secara agresif bagi meningkatk­an faktor beban.

“Kami tidak menjangkak­an banyak tekanan ke atas hasil Airasia. Pesaing utama, Malaysia Airlines dan Malindo, memperlaha­nkan pertumbuha­n kapasiti mereka dan mengalihka­n semula aset ke laluan yang lebih menguntung­kan, selain tidak bersaing dengan Airasia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia