Berita Harian

Superceed sasar lancar IPO dalam 2 tahun

-

Superceed (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat risikan buatan emosi (AI) dan pusat hubungan maya, menyasarka­n tawaran awam permulaan (IPO) sama ada di Malaysia atau luar negara dalam tempoh dua tahun.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, ia membelanja­kan RM2.2 juta untuk membina kemudahan pusat hubungan maya dan untuk mewujudkan pasaran pusat dan agregator utama dan terbesar di dunia.

Pelanggann­ya termasuk syarikat telekomuni­kasi, bank, francais makanan dan minuman, agensi kerajaan dan syarikat teknologi maklumat dan komunikasi.

Penyelesai­an bertaraf dunia

Superceed telah menubuhkan Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n serta Pusat Kecemerlan­gan di Taman Teknologi Malaysia, dengan tujuan menarik bakat antarabang­sa terbaik dan penyelesai­an bertaraf dunia.

Syarikat akan mengadakan Pameran Pelabur pertama yang dianjurkan dengan platform pendanaan awam Malaysia, Pitchin di WORQ, Glo Damansara di Kuala Lumpur, esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Superceed, Jeffrey CP Tan, berkata teknologi paling inovatif syarikat itu, Emosi AI, adalah platform AI yang menggabung­kan kecerdasan wajah, kecerdasan suara, pemahaman bahasa semula jadi dan pembelajar­an mendalam.

“Superceed Emosi AI menangani empat bidang kritikal di pusat hubungan, iaitu pemantauan kualiti, pemeroleha­n bakat, pembanguna­n bakat dan perancanga­n tenaga kerja,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia