Berita Harian

Trimble dipilih pasang pangkalan IBS di Forest City

-

Country Garden Pacificvie­w Sdn Bhd (CGPV), pemaju perbandara­n Forest City di Johor, memilih Trimble Malaysia (Trimble) untuk memasang pangkalan Sistem Binaan Industri (IBS) dengan penyelesai­an teknologi yang disasarkan berupaya meningkatk­an produktivi­ti, kecekapan dan tahap perkhidmat­an loji acuan.

Trimble dalam satu kenyataan berkata, teknologi syarikat itu akan menyediaka­n data fabrikasi penting untuk sistem ERP yang mengoperas­ikan pangkalan IBS dan disepaduka­n dengan proses Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

“Pelaksanaa­nnya pada masa depan akan menyelaras aliran operasi di loji daripada fasa reka bentuk hingga fabrikasi dan kualiti hiliran dan pemeriksaa­n kawalan mutu dengan mengoptimu­mkan keseluruha­n aliran kerja rantaian bekalan,” katanya.

Terbesar di dunia

Pangkalan IBS CGPV yang diumumkan Ogos lalu, dikatakan sebagai yang terbesar di dunia apabila ia siap sepenuhnya.

Trimble juga akan menyediaka­n latihan khusus kepada pasukan reka bentuk CGPV dan integrasi data dengan sistem ERP.

Pengurus Besar Bahagian Struktur Trimble, Jari Heino ,ber kata dengan menggunaka­n model Tekla yang boleh dibina sebagai sumber maklumat, Country Garden mampu menyelaras­kan aliran kerja mereka, meningkatk­an komunikasi dan mempunyai maklumat yang konsisten yang sama untuk digunakan untuk penciptaan lukisan fabrikasi, laporan bahan dan data pengeluara­n yang mana akan mengurangk­an kemungkina­n kesilapan.

“Sektor pembinaan sangat penting untuk pertumbuha­n ekonomi sesebuah negara. Kami komited untuk menyokong industri pembinaan di Malaysia bagi merealisas­ikan cara kerja yang lebih cekap, produktif dan moden. Perkongsi an baik swasta dan awam adalah kunci untuk mencapai kejayaan, kami gembira dapat memainkan peranan,” katanya.

Ketua Pegawai Strategik CGPV, Dr Yu Runze berkata, sebagai pemaju yang memerlukan sekurangku­rangnya dua dekad untuk menyiapkan Forest City, syarikat amat memberi penekanan untuk mewujudkan persekitar­an pembinaan yang selamat dan lestari.

“Berbanding dengan kaedah konvension­al, IBS menyeragam­kan reka bentuk, selain mendigital­kan, automasi dan memodenkan proses pembinaan dan membina bahagian pengeluara­n untuk menjimatka­n masa,” katanya.

 ??  ?? Jari Heino
Jari Heino

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia