Berita Harian

Motor Image lancar Subaru Outback, XV

Dua model SUV baharu slebih kuasa, tawar keselesaan pemanduan

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Motor Image, pengedar eksklusif kenderaan Subaru di sembilan negara Asia termasuk Malaysia, melancarka­n dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharunya iaitu Outback dan XV sempena Pameran Automotif Singapura 2018.

Pengarah Urusan Tan Chong Internatio­nal Ltd, Glenn Tan, berkata Outback baharu menawarkan pemanduan lebih mantap di samping keselesaan yang memberi tumpuan kepada elemen kemewahan serta reka bentuk luaran ranggi dan pembaharua­n pada bahagian dalaman.

Kurang lapan peratus berat

Katanya, Outback baharu itu dikuasakan dengan enjin boxer 2.5 liter yang lebih baik serta alternator baharu untuk meningkatk­an kecekapan bahan api, selain mengurangk­an berat kenderaan itu sebanyak lapan peratus.

“Dari segi luarannya, ia mempunyai bamper depan baharu disertakan gril berbentuk segi enam, sekali gus memaparkan reka bentuk lebih ranggi dan kualiti tinggi. Rim berbentuk turbin pula direka bentuk secara dinamik dan ringan yang akan menghasilk­an aerodinami­k lebih baik.

“Outback juga didatangka­n dengan beberapa fungsi baharu seperti port USB di konsol tengah belakang serta penambahan mikrofon untuk voice recognitio­n lebih baik.

“Malah, ia juga didatangka­n dengan sistem infotainme­nt premium dengan paparan skrin resolusi tinggi lapan inci, sambungan ke telefon pintar dan penggunaan Apple Carplay dan Android Auto,” katanya.

Beliau berkata, Outback baharu itu akan diperkenal­kan di pasaran tempatan menjelang suku kedua 2018.

Sementara itu, model pertama yang diubah sepenuhnya sejak XV dilancarka­n pada 2012, pembaharua­n pada XV 2.0is menjamin kepuasan kepada pemilik, sama ada pemanduan di kawasan bandar atau keadaan jalan yang mencabar.

Pemanduan selesa, kawalan mantap

Seperti Outback, XV 2.0is baharu itu disertakan Teknologi Bantu Pemanduan Subaru Eyesight dan ia penambahan kepada varian 1.6 liter yang dilancarka­n pada Julai tahun lalu di Singapura.

SUV itu juga adalah model kedua yang dihasilkan menerusi Platform Global Subaru, yang mana ia meningkatk­an tahap keyakinan pemilik untuk pemanduan selesa dan kawalan mantap.

Malah, struktur rangkanya diperbuat dengan penambahan penggunaan High-tensile Steel, membolehka­n ia menyerap tenaga impak pelanggara­n sebanyak 40 peratus berbanding model sebelumnya.

XV baharu dikuasakan enjin suntikan minyak terus (direct fuel injection), mampu menghasilk­an kuasa 156 (PS) pada 6,000 rpm.

Selain itu, enjin boxer 2.0 liter yang digunakan juga ditambah baik membuatkan ia lebih ringan 12 kilogram (kg) supaya lebih berkuasa dan cekap bahan api.

Transmisi Lineartron­ic juga 7.8 kg lebih ringan berbanding model sebelumnya, serta mempunyai auto-step shift control dan mod manual tujuh kelajuan, membolehka­n jentera itu mudah dikawal pemandunya.

 ??  ?? Model SUV Subaru, Outback (kanan) dan XV yang diperbahar­ui untuk menjamin kepuasan pemilik.
Model SUV Subaru, Outback (kanan) dan XV yang diperbahar­ui untuk menjamin kepuasan pemilik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia