Berita Harian

Julie’s sasar jualan RM390J

-

Perfect Food Manufactur­ing Sdn Bhd, syarikat pengeluar produk biskut tempatan jenama Julie’s yakin untuk mencatatka­n jualan RM390 juta tahun ini bersandark­an kepada permintaan produknya dalam dan luar negara.

Pengurus Kanan Jualan Julie’s Malaysia, Dennis Swee Jing Wei, berkata tahun lalu syarikatny­a mencapai jualan RM330 juta dan berhasrat untuk mencatatka­n jualan RM500 juta menjelang 2020.

Beliau berkata, kehadiran jenama Julie’s selama 35 tahun dalam pasaran menjadikan ia sebagai jenama pilihan orang ramai dengan tiga produk utamanya iaitu biskut Love Letters, mentega kacang dan lemon.

“Pada tahun ini kami merancang pelbagai aktiviti serta kempen di samping pembabitan bersama pelanggan dalam merealisas­ikan sasaran ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen Julie’s What’s Your Love Letter sempena Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur, semalam.

Tawar rantai tangan emas 24k

Kempen yang bermula dari 8 Januari hingga 11 Februari depan menawarkan rantai tangan emas 24K kepada 50 pelanggan bertuah yang menghantar mesej menggunaka­n Love Note yang boleh didapati melalui pembelian dua tin biskut Julie’s Love Letters 700 gram.

Mengulas mengenai perniagaan­nya, Jing Wei berkata, setakat ini, kirakira 55 peratus adalah sumbangan dari pasaran antarabang­sa manakala baki selebihnya adalah tumpuan pasaran domestik.

Menurutnya, syarikat mengekspor­t rangkaiaan biskut jenama Julie’s di lebih 80 negara bagi negara rantau Asia Tenggara, Asia dan Asia Barat dan berhasrat untuk mengembang­kan eksport ke 100 negara pada 2020.

“Malah, untuk tahun ini kami berharap dapat menembusi pasaran eksport ke lima negara lagi di Eropah dan Afrika, yang mana maklum balas baik terhadap produk biskut kami adalah begitu memberangs­angkan.

“Pasaran di rantau ASEAN masih mendominas­i jualan setakat ini diikuti oleh negara seperti Jepun, China dan Korea. Bergerak ke hadapan kami akan turut memfokus kepada Asia Barat,” katanya.

Bagi menampung pengeluara­n biskut untuk pasaran dalam dan luar negara, syarikat terbabit kini mempunyai empat kilang penghasila­n biskut, yang terletak di Alor Gajah, Melaka dan dilengkapi dengan teknologi moden terkini.

 ?? [ FOTO HALIM SALLEH/BH ] ?? Jing Wei (kiri) bersama Pengurus Perhubunga­n Media Julie’s Biscuits, Lim Bee Bee pada majlis pelancaran kempen ‘What’s Your Love Latter’ di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO HALIM SALLEH/BH ] Jing Wei (kiri) bersama Pengurus Perhubunga­n Media Julie’s Biscuits, Lim Bee Bee pada majlis pelancaran kempen ‘What’s Your Love Latter’ di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia