Berita Harian

Korea Selatan cadang larang dagangan mata wang kripto

Pasaran wang maya bergolak akibat kejatuhan harga bitcoin

-

Seoul

Kerajaan Korea Selatan merancang untuk melarang dagangan mata wang kripto, menyebabka­n harga bitcoin menjunam dan mengakibat­kan pasaran wang maya bergolak apabila polis serta pihak berkuasa percukaian negara itu menyerbu bursa tempatan atas kemungkina­n mengelak cukai.

Larangan di Korea Selatan itu, yang juga sumber penting permintaan global bagi mata wang kripto dibuat ketika pembuat dasar seluruh dunia berdepan masalah untuk mengawal selia aset yang nilainya melonjak sejak tahun lalu.

Menteri Kehakiman, Park Sangki, berkata kerajaan sedang menyiapkan rang undangunda­ng untuk melarang mata wang mata di bursa domestik.

Kebimbanga­n besar

“Ada kebimbanga­n besar berhubung mata wang maya dan Kementeria­n Kehakiman secara dasarnya sedang menyiapkan rang undangunda­ng untuk melarang dagangan mata wang kripto melalui bursa,” kata Park dalam satu sidang akhbar, menurut pejabat akhbar kementeria­nnya.

Seorang pegawai akhbar berkata, cadangan larangan ke atas dagangan mata wang kripto diumumkan selepas ‘perbincang­an mencukupi’ bersama agensi kerajaan lain termasuk Kementeria­n Kewangan dan pengawal selia kewangan negara itu.

Sebaik saja rang undangunda­ng dirangka, penggubala­n ke atas larangan sepenuhnya dagangan mata wang maya akan memerlukan undian majoriti 297 anggota Dewan Negara, satu proses yang akan mengambil masa beberapa bulan atau bertahunta­hun.

Pendirian tegas kerajaan menyebabka­n jualan besarbesar­an mata wang kripto di bursa tempatan dan luar negara.

Harga bitcoin di Korea Selatan menjunam sehingga 21 peratus pada dagangan tengah hari kepada 18.3 million won (AS$17,064.53) selepas kenyataan menteri itu dibuat.

Ia masih lagi diniagakan pada premium 30 peratus berbanding negara lain.

Bitcoin susut lebih daripada 10 peratus di bursa Bitstamp berpangkal­an di Luxembourg pada AS$13,199, selepas sebelum itu jatuh serendah AS$13,120, paling lemah sejak 2 Januari lalu.

Saham berkaitan mata wang kripto Korea Selatan juga teruk terjejas.

Menjunam 30 peratus

Vidente dan Omnitel, yang juga pemegang kepentinga­n Bithumb masingmasi­ng menjunam 30 peratus.

Sebaik berkuat kuasa, larangan Korea Selatan itu akan menjadikan daganganny­a sukar dibuat di negara itu, namun tidak mustahil, kata Ketua Penganalis­is EST Security, Mun Chonghyun.

“Peniaga yang berminat, khususnya penggodam, akan berdepan kesukaran untuk menunaikan keuntungan mereka daripada pelaburan wang maya di Korea, namun boleh pergi ke luar negara, contohnya Jepun,” kata Mun.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Tindakan tegas kerajaan Korea Selatan menyebabka­n harga bitcoin menjunam 21 peratus.
[ FOTO AFP ] Tindakan tegas kerajaan Korea Selatan menyebabka­n harga bitcoin menjunam 21 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia