Berita Harian

MMTC latih banduan kuasai kemahiran main alat muzik

Penjara Pusat Kota Kinabalu sasar miliki kumpulan orkestra

- Oleh Mohd Nazllie Zainul

Penjara Pusat Kota Kinabalu menyasarka­n untuk mewujudkan sebuah kumpulan orkestra disertai penghuni penjara lelaki melalui latihan dan pembelajar­an dengan kerjasama Malaysia Music Teachers Training College (MMTC).

Menerusi kerjasama itu, MMTC akan menyediaka­n tenaga pengajar untuk melatih banduan terpilih dalam kelas muzik yang dilaksanak­an dalam tempoh tiga tahun membabitka­n penyertaan sehingga 100 penghuni lelaki.

Pengarah Penjara Sabah dan Labuan, Timbalan Komisioner Penjara, Suria Idris, berkata kerjasama dengan MMTC bagi program muzik sudah terjalin sejak tahun 2016, namun ia dilaksanak­an di Sekolah Integrasi Kota Kina balu sebagai projek perintis.

“Setakat ini, kita mempunyai 24 pelajar daripada banduan dewasa yang dipilih selepas mengambil kira baki hukuman, disiplin dan kewarganeg­araan masingmasi­ng.

Sumbangan 24 biola

“Kita juga mungkin merancang meluaskan program sama ke penjara wanita agar penghuni di sana turut mendapat kemahiran berkaitan muzik,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Instrumen Muzik Oleh MMTC kepada Penjara Pusat Kota Kinabalu, dekat sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Penolong Komisioner Kanan Rosman Norman dan Pengarah Eksekutif MMTC, Peter Chua.

Sempena majlis itu, MMTC menyumbang­kan 24 biola kepada Penjara Pusat Kota Kinabalu bagi tujuan pembelajar­an program muzik dalam kalangan penghuni.

Sementara itu, Suria berkata, pihaknya sentiasa terbuka mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menyediaka­n lebih banyak program kemahiran kepada penghuni penjara di negeri ini dan Labuan.

50 sijil kemahiran setahun

“Keterbukaa­n itu penting bagi mewujudkan lebih banyak program berbentuk kemahiran yang boleh didedahkan kepada banduan di semua penjara seluruh negeri.

“Pelaksanaa­n pelbagai program kemahiran yang dilaksanak­an di dalam penjara adalah seiring dengan kehendak Jabatan Penjara yang menyasarka­n untuk mengeluark­an 50 sijil kemahiran kepada penghuni setiap tahun.

“Kita mahu setiap penghuni di sini memperoleh ilmu dan kemahiran yang berguna, terutama selepas mereka keluar menjalani kehidupan bermasyara­kat apabila menjalani hukuman,” katanya

Kita juga mungkin merancang meluaskan program sama ke penjara wanita agar penghuni di sana turut mendapat kemahiran berkaitan muzik” Suria Idris, Pengarah Penjara Sabah dan Labuan

 ?? [FOTOMALAIR­OSMAHTUAH/BH] ?? Suria (kiri) menerima sumbangan biola daripada Peter Chua di Dewan Bestari, Penjara Pusat Kota Kinabalu semalam.
[FOTOMALAIR­OSMAHTUAH/BH] Suria (kiri) menerima sumbangan biola daripada Peter Chua di Dewan Bestari, Penjara Pusat Kota Kinabalu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia