Berita Harian

Kecurian tembaga sebabkan SESCO rugi RM6.7J

-

Kuching: Syarikat utiliti tenaga Sarawak, SESCO Berhad (SESCO) menanggung kerugian berjumlah RM6.7 juta dalam tempoh dua tahun lalu, akibat kecurian tembaga di pencawang tenaga elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif SESCO, Lau Kim Swee, berkata nilai kerugian yang ditanggung itu akibat 506 kes kecurian tembaga sejak 2015.

Beliau berkata, tahun lalu saja, SESCO kerugian RM3.1 juta apabila berlakunya 132 kes keccurian bahan berkenaan, manakala pada 2016, sebanyak 113 kes dicatatkan dengan kerugian berjumlah RM950,000.

“SESCO terpaksa membelan jakan lebih RM1 juta setahun untuk melaksanak­an langkah perlu bagi menangani masalah kecurian tembaga itu. Keselamata­n orang ramai menjadi keutamaan kami.

“Perbuatan mencuri tembaga itu bukan saja merosakkan harta benda awam, tetapi juga membahayak­an pengguna, manakala pencuri pula membahayak­an nyawa mereka sendiri untuk mendapatka­n keuntungan yang cepat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bawa maut

Katanya, SESCO berusaha meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai bahaya perbuatan itu yang bukan hanya menyalahi undangunda­ng, tetapi boleh membawa maut.

Bagi membantera­s perbuatan itu, Kim Swee berkata, pihaknya mengarahka­n pasukan Polis Bantuan SESCO untuk melaksanak­an rondaan lebih kerap, khususnya di pencawang yang terletak di kawasan terpencil.

“Hasilnya, hujung minggu lalu Polis Bantuan kami menggagalk­an percubaan membabitka­n lima suspek mencuri tembaga di sebuah pencawang di Demak Laut. Kawasan itu memang kerap berlaku kes kecurian tembaga.

“Dalam tempoh tiga bulan lalu, lebih 20 kes kecurian tembaga dilaporkan berlaku di pencawang kawasan Demak Laut saja dan penahanan lima suspek itu adalah yang pertama tahun ini,” katanya.

Beliau berkatanya, inisiatif lain yang diambil untuk menangani jenayah berbahaya itu termasukla­h meningkatk­an sistem kawalan keselamata­n di pencawang dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) serta alat penggera.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh menghubung­i talian 1300883111 jika mereka menyedari perbuatan yang mencurigak­an berhampira­n kemudahan elektrik di kawasan mereka.

Perbuatan mencuri tembaga itu bukan saja merosakkan harta benda awam, tetapi juga membahayak­an pengguna, manakala pencuri pula membahayak­an nyawa sendiri” Lau Kim Swee, Ketua Pegawai Eksekutif SESCO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia