Berita Harian

Waspada dakwaan hidup merempat di laman sosial

Elak terpedaya golongan cuba ambil kesempatan

- Oleh Sandra Albertz

Orang ramai perlu berhatihat­i dengan pihak yang menyebarka­n berita di laman sosial mengenai golongan miskin dan merayu orang ramai supaya memberi sumbangan kewangan melalui satu akaun bank peribadi yang didakwa bagi membantu golongan itu.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanakkanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata ini kerana dakwaan pihak terbabit dikhuatiri hanya direka untuk mengambil kesempatan terhadap golongan miskin itu bagi memperdaya­kan orang ramai.

Lakukan siasatan

“Saya menerima maklumat tengah malam kelmarin berhubung penyebaran berita mengenai seorang ibu tunggal dengan dua anak kecil yang dilihat berkeliara­n di satu tapak pembinaan di Kuching.

“Sejurus melihat berita yang disebarkan itu, saya meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri segera menyiasat dan hasil siasatan itu mendapati wanita itu sebenarnya penerima bantuan kebajikan dari JKM dan dia bukannya tiada tempat tinggal kerana kakitangan kami yang menyiasat berita itu mendapati wanita terbabit berada di rumahnya di Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan,” katanya.

Gagal lapor diri

Mengulas lanjut, Fatimah berkata wanita terbabit sebelum ini ada menerima bantuan JKM Sarawak tetapi dihentikan Julai tahun lalu kerana dia gagal melaporkan diri kepada jabatan itu bagi meneruskan pemberian bantuan kebajikann­ya.

“Ini disebabkan ibu tunggal itu kerap berpindah tempat tinggalnya sehingga saudara maranya juga tidak tahu di mana dia berada dan kami meminta wanita terbabit supaya memohon semula bantuan kebajikan dari JKM Sarawak serta memintanya supaya sentiasa memaklumka­n tempat tinggalnya kepada orang lain.

“Saya juga meminta wanita terbabit supaya menjaga dua anak kecilnya dengan sebaik mungkin dan kami tidak teragakaga­k akan menggunaka­n saluran undangunda­ng bagi memberikan perlindung­an kepada anaknya jika didapati wanita terbabit mengabaika­n mereka,” katanya.

Dakwa permohonan bantuan ditolak

Kisah wanita berkenaan yang didakwa tiada tempat tinggal selepas bercerai dengan suaminya menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Malah, individu yang menyebarka­n berita itu turut mendakwa permohonan wanita terbabit untuk mendapatka­n bantuan kebajikan dari JKM Sarawak, ditolak.

Individu terbabit kemudianny­a merayu sumbangan orang ramai dengan memasukkan wang ke dalam satu akaun bank miliknya supaya sumbangan terbabit dapat digunakan bagi membantu wanita berkenaan dengan segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia