Berita Harian

Kerajaan terus laksana pembanguna­n, salur bantuan

Bukti kepemimpin­an kerajaan BN bukan kerja secara bermusim

- Oleh Juzaimie Jazlan

Kerajaan Sabah akan terus bekerja memastikan nasib rakyat negeri ini terbela menerusi pembanguna­n berterusan serta bantuan yang disalurkan khusus kepada segenap peringkat umur dan lapisan masyarakat.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, berkata kepemimpin­an negeri di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan bekerja secara bermusim, sebaliknya berusaha membantu rakyat yang memerlukan supaya semua lapisan masyarakat menikmati kehidupan lebih selesa serta sejahtera.

“Saya gembira dapat bertemu semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, belia atau warga emas.

Atas sebab itu, kita sentiasa bekerja supaya apa yang kita usahakan dapat memberi manfaat di seluruh negeri ini,” katanya pada Majlis Semarak Perpaduan Bersama Pemimpin di Dewan Serbaguna Kampung Rancangan Luboh di sini, semalam.

Mohon naik taraf jalan

Dalam perkembang­an lain, Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, berkata kerajaan negeri sudah mengemukak­an permohonan semula kepada Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) supaya jalan masuk ke Kampung Rancangan Luboh dinaik taraf.

Katanya, permohonan sama sebelum ini sudah dikemukaka­n kepada KKLW dan tidak mendapat kelulusan, namun ia dihantar semula melalui Ahli Parlimen Libaran selepas kementeria­n terbabit diterajui menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain di Kampung Rancangan Luboh, Musa turut menghadiri satu lagi program bersama rakyat di pekarangan Gentingmas Mall di Taman Fajar.

Dalam keduadua program berkenaan, beliau turut menyampaik­an bantuan beg sekolah dan kerusi roda.

 ??  ?? Musa bergambar ramai selepas menyampaik­an sumbangan beg sekolah dan kerusi roda pada Majlis Semarak Perpaduan Bersama Pemimpin, di Dewan Serbaguna Kampung Rancangan Luboh, Sandakan, semalam.
Musa bergambar ramai selepas menyampaik­an sumbangan beg sekolah dan kerusi roda pada Majlis Semarak Perpaduan Bersama Pemimpin, di Dewan Serbaguna Kampung Rancangan Luboh, Sandakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia