Berita Harian

‘Orang muda tak fikir panjang’

Ramai golongan muda tunggu pendapatan naik baru beli kediaman

- Oleh Che Wan Badrul Alias dan Siti Nur Mas Erah Amran

Sikap suka menyewa, tangguh beli rumah berdepan risiko bayaran bulanan lebih besar disebabkan harga kediaman akan terus meningkat, serlah kelemahan perancanga­n kewangan masa depan

Gelagat golongan muda hidup bermewah dan melengahka­n pembelian rumah berisiko ‘memakan diri’ apabila berdepan bebanan bayaran bulanan besar untuk pinjaman perumahan, premium insurans tinggi dan harga rumah yang terus meningkat pada masa depan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Yusof Abdul Rahman, berkata dengan gaji sekitar RM6,000 sepatutnya cukup untuk memiliki rumah sendiri di bandar besar sekiranya merancang kewangan dan meletakkan keutamaan masing-masing dengan betul.

Katanya, rata-rata rakyat beli rumah sewaktu muda kerana boleh memanjangk­an tempoh pinjaman 20 hingga 30 tahun selain merendahka­n komitmen bulanan supaya pertumbuha­n gaji bergerak seiring dengan tanggungan kelak.

“Ramai orang muda suka tunggu untuk pendapatan naik baru beli rumah, namun jika dikira pada usia 45 tahun mereka hanya ada 15 tahun sebelum bersara menyebabka­n kos yang perlu ditanggung membeli rumah dan bayaran bulanan menjadi lebih tinggi.

“Malah, ketika itu mereka juga berisiko mendapat pinjaman, diburukkan lagi premium tinggi untuk usia tua maka dikhuatiri pertumbuha­n gaji mereka juga tak dapat menyaingi tanggungan isi rumah pada waktu itu.

Lebihan pendapatan tinggi

“Pengguna yang membeli rumah pada usia 25 tahun pula akan mendapati mereka memiliki lebihan pendapatan yang tinggi untuk keperluan perbelanja­an harian apabila pendapatan meningkat kelak,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan BH Ahad, semalam, mengenai isu generasi muda gagal memiliki kediaman sendiri kerana belanja bulanan yang tinggi, termasuk mengamalka­n gaya hidup mewah, pembelian barang berjenama dan hiburan.

Ia antara penemuan Kajian Gelagat Pembeli Hartanah Kediaman di sekitar Lembah Klang dari 2014 hingga 2017 yang dilaksanak­an Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam.

Mengulas lanjut, Yusof berkata, FOMCA akui kebanyakan harga rumah di Kuala Lumpur sudah terlalu tinggi sehingga ada antaranya mencecah jutaan ringgit dan tidak mampu dimiliki pengguna bergaji sekitar RM7,000.

Bagaimanap­un, katanya, ia seharusnya tidak menghalang golongan muda dengan pendapatan isi rumah sederhana membeli dan memiliki kediaman di lokasi lain yang berpotensi tinggi mengikut kemampuan.

Inisiatif pemilikan rumah

“Jangan bertangguh, kerana dasar kerajaan ketika ini juga banyak memberi tumpuan inisiatif pemilikan rumah kepada golongan muda, maka pengguna yang berlengah sehingga berusia antara 30 hingga 40 tahun mungkin akan terlepas peluang.

“Bahkan, bank juga akan melihat tanggungan bakal pembeli sebelum meluluskan pinjaman perumahan bagi memastikan baki pendapatan pembeli masih memiliki sekitar 60 peratus untuk kegunaan komitmen lain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia