Berita Harian

TUN M HINA MELAYU KERANA MAHU TUTUP KEPINCANGA­N KETIKA JADI PM

Tuduhan Pengerusi PPBM tak berasas, cuba tutup kegagalan 22 tahun jadi PM

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman dan Mahani Ishak

Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai menghina dan menjatuhka­n martabat orang Melayu, apabila mendakwa budaya serta nilai hidup yang dipegang kaum dominan di negara ini, menyebabka­n mereka ketinggala­n.

Ketua Sekolah Warisan dan Peradaban, Universiti Islam Malaysia Cyberjaya (UIM), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata apa yang diperkatak­an Pengerusi Parti Pribumi Perkasa Malaysia (PPBM) itu adalah tuduhan tanpa berasaskan fakta empirikal.

Sebaliknya kata beliau, orang Melayu mempunyai kekuatan berdasarka­n ajaran Islam dan budaya bangsa yang positif dengan berpegang kepada prinsip ‘agama dijunjung, adat dikendong.

Malah katanya, kehebatan dan ketokohan orang Melayu di negara ini mentadbir atau menceburi pelbagai bidang strategik selama ini berjaya meletakkan Malaysia sebagai negara Islam yang hebat serta disegani di pentas antarabang­sa.

“Kita tidak boleh anggap semua masyarakat Melayu sama seperti yang Dr Mahathir perkatakan. Bagi saya ia satu penghinaan kepada orang Melayu.

Pendirian tak konsisten

“Soalnya, mengapa pada masa menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir tidak bertindak untuk memperbetu­lkan apa yang disebut beliau sebagai ‘kelemahan’ orang Melayu. Beliau seorang yang tidak konsisten dengan pendiriann­ya.

“Beliau hanya tahu menuduh tanpa fakta. Hakikatnya kita dapat lihat banyak kehebatan dan kejayaan dicapai orang Melayu yang direkodkan termasuk di pentas antarabang­sa,” katanya.

Dr Mahathir terus mencetuska­n kontrovers­i apabila mendakwa budaya dan nilai hidup dipegang masyarakat Melayu negara ini menyebabka­n kaum itu ketinggala­n.

Ketika program Bicara Wawasan 2020 di Putrajaya kelmarin, Dr Mahathir turut mendakwa kaum Melayu kurang tekun bekerja, kurang rajin dan kadangkala kurang amanah.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS), Zambri Mohd Isa, berkata dakwaan Dr Mahathir itu bertujuan menutup kegagalann­ya memimpin masyarakat Melayu ketika menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO satu masa dulu.

Katanya, Dr Mahathir tahu beliau gagal memperbetu­lkan kepincanga­n yang berlaku kepada orang Melayu sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri.

“Jika beliau hendak menyalahka­n sikap orang Melayu, semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO, mengapa tidak diperbetul­kan.

“Mengapa baru sekarang hendak salahkan orang Melayu. Saya fikir, ini kegagalan beliau ketika menjadi Perdana Menteri. Tokoh seperti ini tidak layak diangkat menjadi Perdana Menteri semula,” katanya.

Wajar berhenti bercakap

Beliau berkata, Dr Mahathir wajar berhenti bercakap isu yang boleh menyebabka­n lebih banyak ‘pekung’ pada zaman pemerintah­annya terdedah kepada umum.

“Beliau wajar berehat dan jika hendak memperbetu­lkan keadaan, beliau boleh menasihat ‘dari dalam’,” katanya.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata Dr Mahathir tidak wajar memandang rendah bangsa Melayu kerana beliau juga dibesarkan dalam adat budaya dan nilai hidup sama.

Katanya, Dr Mahathir juga perlu melihat kejayaan anaknya, Tan Sri Mokhzani, yang juga antara 10 tokoh perniagaan kaya yang tergolong dalam kelompok bangsa yang disifatkan malas itu.

Beliau berkata, dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak berasas dan tidak mewakili keseluruha­n masyarakat Melayu.

Kita tidak boleh anggap semua masyarakat Melayu sama seperti yang Dr Mahathir perkatakan. Bagi saya ia satu penghinaan kepada orang Melayu. Soalnya, mengapa pada masa menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir tidak bertindak untuk memperbetu­lkan apa yang disebut beliau sebagai ‘kelemahan’ orang Melayu” Abdul Latiff Abu Bakar, Ketua Sekolah Warisan dan Peradaban, Universiti Islam Malaysia Cyberjaya (UIM)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia