Berita Harian

ISTERI MATI DIPUKUL SUAMI CEMBURU BUTA

Suspek direman 3 hari bantu siasatan

- Oleh Farah Suhaidah Othman

Cemburu buta mendorong seorang lelaki memukul isterinya hingga parah di kepala, dalam kejadian di rumah mereka di Matang Road, Matang di sini, malam Khamis lalu.

Lebih malang, akibat kejadian itu, Noor Waheedah Abd Wahid, 38, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat trauma tumpul di kepala, jam 9.30 malam kelmarin.

Isteri tak sedarkan diri

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib, berkata pihaknya menerima laporan daripada suspek berusia 40 tahun pada jam 9.15 pagi kelmarin, memaklumka­n isterinya cedera dan tidak sedarkan diri selepas dipukul.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Taiping dengan ambulans sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk pemeriksaa­n lanjut pada hari sama.

Syak isteri ada hubungan rapat dengan lelaki

“Siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada suspek yang mengesyaki mangsa mempunyai hubungan rapat dengan lelaki lain.

“Pemeriksaa­n di HRPB mendapati mangsa mempunyai pendarahan dalam otak sebelum disahkan meninggal dunia jam 9.30 malam tadi (kelmarin),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohamad berkata, hasil bedah siasat pagi semalam mendapati mangsa meninggal akibat kecederaan kepala disebabkan trauma tumpul.

“Susulan kejadian itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan dan direman tiga hari bermula semalam (kelmarin) untuk siasatan lanjut.

“Bagaimanap­un, polis akan memohon reman suspek disambung untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu membunuh, yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya.

Pemeriksaa­n di HRPB mendapati mangsa ada pendarahan dalam otak sebelum disahkan meninggal dunia jam 9.30 malam tadi (kelmarin)” Mohamad Taib, Ketua Polis Daerah Taiping

 ??  ?? Noor Waheedah
Noor Waheedah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia