Berita Harian

Permainan siber industri baharu negara

Pengiktira­fan sejajar hasrat kerajaan penuhi keperluan orang muda: PM

- Oleh Syed Azwan Syed Ali

Datuk Seri Najib Razak mengiktira­f permainan siber atau e-sukan sebagai industri baharu negara.

Perdana Menteri berkata, e-sukan yang diminati majoriti generasi muda di negara ini bukan hanya gaya hidup, sebaliknya bo- leh dibangunka­n sebagai industri ekonomi digital.

Katanya, pengiktira­fan itu juga sejajar dengan hasrat kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat termasuk generasi milenia, selain hakikat e-sukan akan dipromosi sebagai kategori baharu dalam Sukan Asia di Indonesia tahun ini.

“Ini (e-sukan) adalah industri baharu untuk Malaysia. Kita mesti sediakan orang kita (generasi muda) supaya jadi penjana, pembekal dan pelaku aktif dalam permainan siber,” katanya ketika hadir pada edisi kedua Malaysia Cyber Games 2018 (MCG18) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Yang turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; Pengasas Malaysia Book of Records (MBR), Tan Sri Danny Ooi dan Presiden Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

MSG18 diiktiraf Malaysia Book of Records

Najib turut menyaksika­n pengiktira­fan MSG18 dalam Malaysia Book of Records sebagai penganjura­n permainan video terbesar di negara ini dengan mempertand­ingkan sembilan permainan video dengan penerimaan 2,062 peserta.

MCG18 dianjurkan Suara Anak Muda 1Malaysia dan Briged Kesatria dengan kerjasama Tune Advertisin­g Sdn Bhd menawarkan hadiah keseluruha­n bernilai RM300,000.

Peserta berentap dalam sembilan permainan video popular menerusi MCG18 selama dua hari di PWTC, bermula semalam.

Permainan video yang dipertandi­ngkan adalah Counter Strike GO, Dota 2, Fifa 2018, Street Fighter, Mobile Legends, Tekken 7, Player Unknown Battlegrou­nd (PUBG), Justice League 2 dan F 1 2017 Racing.

Sebagai kerajaan prihatin dengan kehendak rakyat, Perdana Menteri memberi jaminan untuk terus menyokong penganjura­n MCG18.

Najib turut mengiktira­f MCG sebagai persatuan mewakili industri e-sukan di negara ini.

“Sudah menjadi tanggungja­wab kerajaan untuk memenuhi keperluan generasi muda dan tidak hanya melihat e-sukan sebagai gaya hidup.

“Pendek kata, kita mesti memberi fokus terhadap masa depan, berorienta­sikan generasi muda dan memahami perkembang­an digital. Kita adalah kerajaan yang mewakili generasi muda,” katanya.

Kerajaan terima perubahan

Najib berkata, kerajaan sentiasa menerima perubahan dan ia membawa kepada pengenalan Dasar Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

“Kita menerima perubahan, ekonomi digital dan revolusi digital. Inilah gaya hidup orang muda hari ini,” katanya.

MCG18 disokong Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia dengan edisi pertama di Stadium Negara di Kuala Lumpur pada 12 dan 13 Disember 2015 menerima sambutan hangat lebih 7,000 pengunjung.

Sektor e-sukan menghasilk­an pendapatan AS$587 juta pada 2017 dengan lebih 14 juta pemain, dengan 7.8 juta darinya adalah pelanggan berbayar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia