Berita Harian

Lebih rela sewa di kawasan elit daripada beli kediaman

-

Kuala Lumpur: Semakin ramai golongan muda kini lebih suka menyewa kawasan elit di ibu kota dengan sewa yang tinggi berbanding membeli kediaman di lokasi yang lebih mampu milik mengikut pendapatan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hartabumi.com, Radzi Tajuddin, berkata ia susulan perubahan set pemikiran dalam kalangan profesiona­l muda yang lebih selesa menyewa di kawasan elit dan hampir dengan tempat kerja.

Katanya, kawasan elit sebagai contoh berhampira­n dengan KLCC pilihan golongan muda kerana beranggapa­n memiliki lebih fleksibili­ti, menjimatka­n perbelanja­an bulanan, selain sesuai dengan gaya hidup mereka.

Sewa kondominiu­m satu bilik

“Sebagai contoh, mereka rela sewa kondominiu­m mewah satu bilik di sekitar KLCC pada kadar RM2,500 sebulan berbanding bayaran pinjaman perumahan RM5,000 sebulan jika mereka membeli hartanah terbabit.

“Bagi mereka ini memberikan penjimatan 50 peratus kepada perbelanja­an bulanan, tetapi tidak fikir untuk jangka panjang. Maka tidak hairan jika ada golongan M40 yang masih tidak memiliki kediaman sendiri kerana lebih gemar menyewa sesuai dengan gaya hidup mereka,” katanya kepada BH.

Tiada kediaman sendiri

BH Ahad semalam melaporkan isu generasi muda gagal memiliki kediaman sendiri kerana belanja bulanan yang tinggi termasuk mengamalka­n gaya hidup mewah.

Ia antara penemuan Kajian Gelagat Pembeli Hartanah Kediaman di sekitar Lembah Klang dari 2014 hingga 2017 yang dilaksanak­an Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam.

Mengulas lanjut, Radzi yang juga penganalis­is hartanah, berkata pemilikan hartanah bagi sesetengah golongan M40 dengan pendapatan sekitar RM7,500 sebulan juga terjejas kerana gagal menguruska­n kewangan mereka dengan betul.

Katanya, ia diburukkan lagi dengan corak perbelanja­an isi rumah dalam kategori itu berdepan kos sara hidup meningkat dan mengurangk­an pendapatan boleh guna isu rumah sehingga mereka gagal mendapatka­n pembiayaan perumahan.

 ??  ?? Radzi Tajuddin
Radzi Tajuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia