Berita Harian

Urusan GST hanya di kaunter, dalam talian

-

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak pernah melakukan sebarang transaksi pungutan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) secara terus menerusi pegawai atau panggilan telefon.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri T Subromania­m, berkata JKDM hanya menjalanka­n urusan pungutan GST menerusi kaunter atau secara dalam talian sahaja.

Beliau berkata, baru-baru ini juga pihaknya menahan seorang lelaki di sekitar Johor Bahru, membabitka­n kegiatan penyamaran sebagai pegawai JKDM.

“Orang awam mempunyai hak meminta mana-mana anggota atau pegawai menunjukka­n kad pengenalan (ID) atau kad kuasa yang dibekalkan kepada setiap kakitangan JKDM.

“Kita ada prosedur operasi standard (SOP) dan saya harap orang awam tidak tertipu dan dapat bekerjasam­a dengan JKDM, selain tidak membuat sebarang bayaran jika berurusan secara terus atau menerusi telefon,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bukit Serampang Indah bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi MIC Johor, Datuk M Asojan.

Pantau laporan penyamaran

Subromania­m berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan dan bertindak sekiranya mendapat laporan berhubung kes penyamaran membabitka­n anggota atau pegawai JKDM.

Dalam perkembang­an lain, Jazlan berkata, pembinaan SJKT Bukit Serampang Indah, menjadi bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirk­an masyarakat India terutama dalam aspek ekonomi, pendidikan dan kebajikan mereka.

“Semua aspek agama, ekonomi dan pendidikan kaum India terutama dalam kawasan Parlimen Pulai sudah dibantu kerajaan dan ia menunjukka­n kerajaan prihatin terhadap kepelbagai­an bangsa di negara ini,” katanya.

Orang awam mempunyai hak meminta mana-mana anggota atau pegawai menunjukka­n kad pengenalan atau kad kuasa yang dibekalkan kepada setiap kakitangan kastam” T Subromania­m, Ketua Pengarah JKDM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia