Berita Harian

Ketepi perbezaan ideologi tangkis asakan kuasa luar

Umat Islam sering bertelingk­ah cetus perpecahan

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Umat Islam wajar mengetepik­an perbezaan ideologi untuk menangkis asakan pelbagai penjuru didalangi kuasa luar, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia kini mewakili suara besar di pentas antarabang­sa, namun hanya akan kelihatan sebagai buih di lautan jika sering bertelingk­ah sehingga mengundang perpecahan.

Katanya, langkah tuntas perlu diambil dalam mencari perdamaian susulan unjuran terbaru menjangkak­an jumlah umat Islam di dunia akan mencecah tiga bilion pada 2050.

Angka dipandang sepi

“Kita akan mewakili 33 peratus daripada sembilan bilion penduduk dunia pada 2050, tetapi angka ini hanya akan dipandang sepi dan hilang ibarat buih yang dibadai angin laut.

“Satu demi satu asakan dihujani umat Islam, termasuk isu pengiktira­fan Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel sehingga mengetepik­an hak rakyat Palestin dalam menuntut kedaulatan negaranya.

“Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) menerusi resolusi yang disokong 128 negara bagaimanap­un menolak tindakan Amerika Syarikat (mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel).

“Sedih apabila ada umat Islam yang menolak resolusi UNSC selepas menerima ugutan kuasa besar,” katanya ketika menyampaik­an tazkirah sempena majlis Mahabbah Rasulullah SAW 2018/1439H Parlimen Bukit Bintang, di Masjid Albukhary, di sini, malam tadi.

Zahid yang tiba pada jam 7.23 malam menunaikan solat maghrib berjemaah, diimamkan penceramah terkenal, Maulana Al-sheikh Afeefuddin Aljailani. Tokoh Islam lain yang turut menyampaik­an takzirah adalah Habib Ali Muhammad Al-saggaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid.

Tiada nas, hadis halalkan perlakuan ekstremism­e

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tiada hadis atau nas al-quran yang ‘menghalalk­an’ perlakuan ekstremism­e, sekali gus mencermink­an pemikiran radikal itu adalah bukan sebahagian daripada Islam.

“Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Masyarakat dunia memandang serong kepada Islam kerana tindakan segelintir umatnya yang mencipta pemikiran asing.

“Sehubungan itu, kita mempunyai tanggungja­wab untuk memberi cerminan bahawa Islam adalah agama syumul dan rahmat kepada semua, berbanding mencetuska­n ketakutan serta diselubung­i pergerakan ekstremism­e,” katanya.

Satu demi satu asakan dihujani umat Islam, termasuk isu pengiktira­fan Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel sehingga mengetepik­an hak rakyat Palestin dalam menuntut kedaulatan negaranya” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Ahmad Zahid menyampaik­an tazkirah pada Mahabbah Rasulullah SAW 2018/1439H Parlimen Bukit Bintang di Masjid Al-bukhary, Kuala Lumpur, malam tadi.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Ahmad Zahid menyampaik­an tazkirah pada Mahabbah Rasulullah SAW 2018/1439H Parlimen Bukit Bintang di Masjid Al-bukhary, Kuala Lumpur, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia