Berita Harian

Ketua dua negara tumpu projek Sistem Transit Rapid

Perjanjian dua hala pelbagai bidang turut dibincangk­an

- Oleh Junita Mat Rasid

Projek Sistem Transit Rapid (RTS) akan menjadi tumpuan perbincang­an Datuk Seri Najib Razak pada Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-singapura Kelapan bersama rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong, bermula hari ini.

Program dua hari itu dijadualka­n diadakan bulan lalu, tetapi ditunda berikutan Perdana Menteri menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, Turki pada 13 dan 14 Disember lalu, bagi membincang­kan konflik terbaharu Israel-palestin.

Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk Zulkifli Adnan, berkata pada sesi kali ini akan menyaksika­n pemeteraia­n perjanjian dua hala RTS.

Katanya, selain RTS, pada sesi kali ini juga, pemimpin kedua-dua negara dijangka mengadakan perbincang­an dua hala berkaitan projek Rel Berkelajua­n Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura.

Beliau berkata, selain pertemuan empat mata pada sesi pemukiman itu, kedua-dua pemimpin akan menghadiri mesyuarat delegasi bagi membincang­kan isu dua hala yang mempunyai kepentinga­n bersama serta perkembang­an kerjasama sedia ada yang diputuskan pada Sesi Pemukiman lalu.

HSR turut dibincang

“Perkara utama yang akan dibincangk­an ialah berkaitan RTS dan HSR, selain isu bekalan air, projek di Iskandar Puteri dan kerjasama berkaitan penjagaan alam sekitar serta pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

“HSR menjadi antara isu penting yang akan dibincangk­an. Keduadua pihak akan meneliti beberapa inisiatif yang sudah pun dibincangk­an bagi menangani kesesakan di Tambak Johor dan Tuas, sementara menunggu RTS dan HSR siap pada 2024 dan 2026.

Tandatanga­ni MOU

“Pemimpin kedua-dua negara juga akan menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) berkaitan kerjasama pendidikan antara kedua-dua negara,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Sesi Pemukiman itu adalah forum tahunan peringkat tertinggi yang dihoskan secara bergilir-gilir oleh Malaysia dan Singapura.

Sesi pemukiman pertama diadakan pada tahun 2007 di Langkawi dan sejak itu, ia menjadi forum kepada kedua-dua negara untuk memperkuku­hkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin.

Perkara utama akan dibincangk­an ialah berkaitan RTS dan HSR, selain isu bekalan air, projek di Iskandar Puteri dan kerjasama berkaitan penjagaan alam sekitar serta SAR” Zulkifli Adnan Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Singapura

 ?? [FOTO ZAIN AHMED/BH] ?? Zulkifli pada sidang media mengenai lawatan Najib menghadiri Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysiasi­ngapura Kelapan di Singapura bermula hari ini.
[FOTO ZAIN AHMED/BH] Zulkifli pada sidang media mengenai lawatan Najib menghadiri Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysiasi­ngapura Kelapan di Singapura bermula hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia