Berita Harian

BN Selangor janji TASKA, TABIKA percuma

-

Petaling Jaya: Kira-kira 1,600 projek perumahan kos rendah dan sederhana seluruh Selangor akan menikmati kemudahan TASKA dan TABIKA percuma sekiranya Barisan Nasional (BN) mentadbir semula negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata itu janji BN bagi terus membela rakyat.

Sebelum ini Noh berkata, BN Selangor akan memberikan pendidikan percuma di semua sekolah rendah agama (SRA) jika Selangor kembali ditadbir Kerajaan Persekutua­n.

“Keutamaan ini akan disediakan di projek perumahan strata (flat) kos rendah dan sederhana bagi membantu pasangan muda dalam kategori B40 meringanka­n beban menguruska­n anak dan membolehka­n mereka keluar bekerja dengan tenang.

“Kami akan mewajibkan perumahan flat kos rendah dan sederhana menyediaka­n ruang untuk kemudahan TASKA dan TABIKA yang akan menggunaka­n konsep kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Tabika Perpaduan yang lebih murah berbanding diusahakan swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Program Transforma­si Sosial (PTS) Kejiranan Indah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Mentari Court Apartment, dekat Taman Sri Mentari, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pemimpin Tempatan Persekutua­n, Datuk Yusoff HM Haniff dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembanguna­n) Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Dr Mary Wong Lai Lin.

Terdahulu, Noh mengumumka­n kelulusan peruntukan RM3.1 juta menggantik­an tangki air, RM2.8 juta kerja baik pulih bumbung dan RM300,000 membaik pulih surau di Mentari Court Apartment, sementara RM200,000 lagi bagi surau lain yang terletak di Jalan PJS 10.

RM10J tangani denggi

Beliau berkata, kesejahter­aan bandar bukan sahaja membabitka­n infrastruk­tur, tetapi kepada persekitar­an serta kemudahan lain terutama pendidikan dan aspek kesihatan.

“Kerajaan juga meluluskan peruntukan RM10 juta untuk menangani wabak denggi dengan memasang perangkap nyamuk di ‘kawasan panas’ wabak denggi terutama di Selangor yang mencatatka­n kes paling tinggi berbanding negeri lain.

“Peringkat permulaan ini RM1 juta diperuntuk­kan bagi memasang perangkap nyamuk berteknolo­gi, iaitu Integrated Mosquito Management (IMM) yang setakat ini sudah dipasang empat unit, akan ditambah 24 lagi di kawasan perumahan ini,” katanya.

 ??  ?? Noh bersama Yusoff (dua dari kiri) pada Program Transforma­si Sosial Kejiranan Indah Strategi Lautan Biru Kebangsaan di Mentari Court Apartment, Petaling Jaya, semalam.
Noh bersama Yusoff (dua dari kiri) pada Program Transforma­si Sosial Kejiranan Indah Strategi Lautan Biru Kebangsaan di Mentari Court Apartment, Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia