Berita Harian

Agenda peribadi makin terserlah

-

Alor Setar: Perjuangan politik berasaskan agenda peribadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dilihat semakin terserlah.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata ini kerana Dr Mahathir dilihat semakin terdesak mencapai cita-cita untuk menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Mengulas lanjut katanya, beliau percaya taktik Tun Mahathir yang mahu diangkat sebagai Perdana Menteri, sekiranya pakatan pembangkan­g memenangi PRU hanya bersifat sementara, sebaliknya beliau akan menyerahka­n jawatan itu kepada anaknya kelak.

“Sebab itu rakyat kena tengok apa agenda perjuangan Dr Mahathir selepas jadi Perdana Menteri, pastinya ada agenda tersirat.

“Apatah lagi Mukhriz pun memang ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri jadi usaha dia kena buat masa Dr Mahathir ada, (hanya) dengan bantuan bapanya, dia berharap boleh jadi, ” katanya selepas melawat Pasar Tani Taman Wira Mergong, di sini.

Pada majlis itu, Ahmad Bashah turut menyampaik­an sumbangan barangan makanan kepada 400 penduduk selain meluluskan permohonan RM10,000 bagi setiap enam buah surau di Taman Wira bagi pengurusan pentadbira­n.

Hati-hati agenda perjuangan peribadi Dr Mahathir

Pada masa sama, Ahmad Bashah berkata rakyat perlu berhati-hati dengan agenda perjuangan peribadi Dr Mahathir kerana pastinya keinginan semula beliau untuk menjadi Perdana Menteri bukan bagi membantu rakyat dan negara.

Sementara itu di Kota Kinabalu, Sabah, EXCO Wanita UMNO, Datuk Jainab Ahmad, berkata rakyat Sabah tidak boleh menggadai masa depan mereka dengan membiarkan Dr Mahathir dilantik semula ke jawatan Perdana Menteri jika pembangkan­g memerintah.

Beliau berkata, selama 22 tahun Dr Mahathir mentadbir, Sabah jauh ketinggala­n dalam semua aspek pembanguna­n berbanding negeri lain.

Katanya, bekas Perdana Menteri itu gagal membawa pembanguna­n sewajarnya ke Sabah hingga menimbulka­n pelbagai masalah yang menjejaska­n kehidupan rakyat negeri itu.

“Kita harus menolak sekeras-kerasnya pemimpin yang mempunyai agenda peribadi dan sanggup mengetepik­an keperluan rakyat demi kepentinga­n diri,” katanya.

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] ?? Ahmad Bashah melawat Pasar Tani Taman Wira Mergong, Alor Setar, semalam.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] Ahmad Bashah melawat Pasar Tani Taman Wira Mergong, Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia