Berita Harian

GERAKAN serah senarai calon PRU-14

-

Kuala Lumpur: GERAKAN semalam menyerahka­n senarai calon untuk 45 kerusi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk dipertimba­ngkan.

Presidenny­a, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata senarai calon itu diserahkan ketika mesyuarat khas GERAKAN dengan Najib di ibu pejabat parti itu di Menara PGRM.

Katanya, kira-kira 60 peratus daripada senarai calon itu adalah muka baharu yang terdiri daripada bangsa Cina, Melayu dan India.

“Perdana Menteri dalam pertemuan tadi menasihatk­an supaya jentera parti berada dalam mood bersedia untuk menghadapi pilihan raya dan mencatat kemenangan lebih baik,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas dengan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

PM lawat bilik operasi

Najib turut dibawa melawat bilik operasi pilihan raya parti itu.

Yang hadir sama, Timbalan Presidenny­a, Datuk Chang Ko Youn dan Setiausaha Agungnya, Datuk Liang Teck Meng.

Dalam PRU-13, GERAKAN bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Siew Keong juga menjelaska­n GERAKAN dalam peringkat akhir perbincang­an mengenai pertukaran empat hingga lima kerusi dengan beberapa parti komponen BN yang lain termasuk MCA.

Katanya, pertukaran kerusi itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Siew Keong pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas dengan Najib di Cheras, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Siew Keong pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas dengan Najib di Cheras, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia