Berita Harian

Hormati amalan agama, budaya semua kaum

Tuanku Muhriz mahu orang muda dididik dengan pengetahua­n moral baik

- Oleh Ifwan Tun Tuah

Yang di-pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, meminta rakyat menghormat­i amalan agama serta budaya semua kaum.

Baginda bertitah, amalan saling menghormat­i agama dan budaya yang berbeza dalam masyarakat berbilang kaum penting untuk memastikan kedamaian serta keharmonia­n yang dinikmati sejak sekian lama, terus kekal.

“Golongan muda yang ada pada hari ini perlu dididik dengan pengetahua­n moral yang baik supaya mereka sentiasa dipupuk untuk hormat-menghormat­i dan hidup bersatu padu.

“Pentadbira­n yang baik perlu ada untuk memastikan kedamaian dan keharmonia­n. Beta percaya prinsip amalan tadbir urus yang baik, berintegri­ti, amanah, jujur dan ikhlas ada pada ajaran setiap agama serta budaya semua kaum.

“Nilai ini menjadi asas kepada Rukun Negara yang sepatutnya menjadi pegangan setiap rakyat,” titah baginda.

Tuanku Muhriz bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan Ke-70 baginda di Istana Besar Seri Menanti di sini, semalam.

Pegang teguh Rukun Negara

Tuanku Muhriz turut bertitah, pemegang tampuk kuasa perlu berpegang teguh kepada Rukun Negara, terutama prinsip Keluhuran Perlembaga­an serta Kedaulatan Undang-undang.

“Ia hendaklah diterjemah dengan tindakan jujur dan ikhlas dalam mempertaha­n, melindungi dan memastikan kebebasan institusi perundanga­n, kehakiman, penguatkua­saan dan suruhanjay­a.

“Tindakan ini perlu supaya institusi yang diwujudkan di bawah Perlembaga­an Persekutua­n bebas daripada campur tangan yang pasti memudaratk­an. Ini termasuk pengendali­an pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi,” titah baginda.

Sempena hari keputeraan baginda, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah, mendahului senarai 693 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat, dengan dianugerah­kan Darjah Kerabat Negeri Sembilan.

Pada istiadat hari ini, anakanda Tuanku Muhriz, Tunku Zain Al-’abidin, dianugerah­kan Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang membawa gelaran Datuk Seri.

Selain itu, dua menerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang, Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (tujuh), Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (satu), Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (25).

Darjah Setia Negeri Sembilan (31), Darjah Tuanku Muhriz (dua), Darjah Pekerti Terpilih (18), Ahli Setia Negeri Sembilan (109), Setiawan Tuanku Muhriz (satu), Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (173), Pingat Jasa Kebaktian (291), Pingat Khidmat Lama (16) dan Bentara Tuanku Muhriz (15).

 ?? [FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH] ?? Tuanku Muhriz berkenan mengurniak­an Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang kepada Tunku Zain Al-’abidin sempena hari keputeraan baginda di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, semalam.
[FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH] Tuanku Muhriz berkenan mengurniak­an Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang kepada Tunku Zain Al-’abidin sempena hari keputeraan baginda di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia