Berita Harian

Pembanguna­n Negeri Sembilan seimbang

-

Kuala Pilah: Pembanguna­n Negeri Sembilan kini berada pada landasan yang tepat dan seimbang dengan tumpuan diberikan terhadap usaha mengembang­kan ekonomi serta memastikan kesejahter­aan hidup rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata keadaan itu seiring hasrat Yang di-pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, yang mahu melihat rakyat mempunyai pendidikan dan tempat tinggal, selain golongan kurang bernasib baik dibela.

“Iltizam Duli Yang Maha Mulia Tuanku dizahirkan oleh kerajaan negeri melalui Dasar Jaringan Keselamata­n Sosial, Dasar Perumahan Negeri Sembilan dan Dasar Lembah Ilmu yang kini dirasai rakyat.

“Antaranya, kadar kemiskinan pada 2016 ialah 0.2 peratus iaitu lebih rendah berbanding peringkat nasional (0.4 peratus). Dasar perumahan baharu juga membolehka­n rakyat memiliki rumah pada kadar harga mampu milik.

“Dalam aspek pendidikan, Negeri Sembilan berada pada kedudukan tertinggi pada peringkat kebangsaan,” katanya ketika menyampaik­an sembah ucapan taat setia pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan Ke-70 Tuanku Muhriz di Istana Besar Seri Menanti di sini, semalam.

Mohamad berkata, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar berkembang pada kadar purata 3.95 peratus setahun dalam tempoh lima tahun, manakala KDNK per kapita pula mencatatka­n peningkata­n membanggak­an iaitu daripada RM32,136 pada tahun 2011 kepada RM38,559 (2016).

Beliau berkata, pada 2016, jumlah pelaburan diluluskan bagi sektor pembuatan ialah RM1.917 bilion dengan RM289 juta daripada pelaburan domestik dan RM1.628 bilion (pelaburan antarabang­sa).

Prestasi kewangan kukuh

“Prestasi kewangan negeri bagi 2016 kukuh dan memuaskan. Baki Kumpulan Wang Disatukan pada tahun 2016 berjumlah RM540 juta, meningkat RM18 juta atau 3.4 peratus berbanding RM522 juta pada 2015. Akaun Hasil Disatukan juga terus mencatatka­n lebihan pada 2016 RM14.2 juta,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Audit Negara memberi pengiktira­fan lima bintang kepada sembilan daripada 13 jabatan yang dinilai dalam aspek pengurusan kewangan pada tahun 2016.

Mohamad berkata, kerajaan memacu pembanguna­n 30 tahun untuk menjadi sebuah Negeri Moden melalui Rancangan Jangka Panjang Negeri Sembilan Moden 2015-2045 dan pembanguna­n Lembah Wawasan Malaysia (MVV).

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Mohamad menyampaik­an ucapan taat setia kepada Tuanku Muhriz pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena hari keputeraan baginda di Istana Besar Seri Menanti, semalam.
[FOTO BERNAMA] Mohamad menyampaik­an ucapan taat setia kepada Tuanku Muhriz pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena hari keputeraan baginda di Istana Besar Seri Menanti, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia