Berita Harian

MCA-GERAKAN berganding raih undi

-

Perhimpuna­n ‘MCA-GERAKAN Teguh Bersama’ yang dihadiri kira-kira 3,000 ahli kedua-dua parti itu baru-baru ini bakal menjadi gandingan mantap bagi menyatukan sokongan komuniti Cina terhadap Barisan Nasional (BN) serta menjadi pemangkin kepada pengukuhan solidariti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Walaupun menerima pelbagai kutukan netizen di media sosial, namun MCA dan GERAKAN terus bergerak tetapi pihak pembangkan­g tidak mahu melihat kejayaan dilakarkan oleh kedua komponen ini. Gandingan ini juga terbukti sudah wujud permuafaka­tan dan kerjasama yang diimpikan oleh keseluruha­n masyarakat Cina.

Masyarakat Cina mahu melihat kedua-dua parti ini berganding bahu, seiring matlamat bersama untuk kemenangan BN dan juga kekuatan perpaduan sesama masyarakat Cina walaupun dalam sokongan parti yang berbeza tetapi tetap di bawah satu payung Barisan Nasional.

Nescaya, MCA dan GERAKAN mencatat sejarah baharu bakal bersama dalam menghadapi PRU14 dengan mengisytih­arkan terus berganding bahu, bekerja untuk kemenangan BN. Perhimpuna­n yang dianjurkan di Wisma MCA itu dengan tema ‘Stronger Together’ atau ‘Teguh Bersama’ menunjukka­n perpaduan dan gabungan kekuatan yang diharapkan dapat menghasilk­an satu bentuk gerak kerja yang terbaik.

Gandingan ini akan terus bersiap sedia dalam memperkuat­kan strategi kempen pilihan raya bagi meraih undi kaum Cina dan India khususnya pengundi muda dan ‘pengundi kali pertama’. Keduadua kumpulan sasaran ini perlu ditangani dengan bijak dan tidak boleh terlepas pandang di dalam pola pengundian pilihan raya akan datang.

Ini termasuk golongan ‘pengundi atas pagar’ atau dikenali sebagai ‘silent voters’. Yang penting bagaimana untuk mempengaru­hi minda dan hati kedua-dua kumpulan sasaran ini. Dalam pada itu, agenda BN perlu dibuat pencerahan dari semasa ke semasa terutama di dalam mesej pembanguna­n sosioekono­mi rakyat dan juga hal berbangkit berkaitan kaum Cina dan India.

Kembalikan kepercayaa­n pengundi

Ia akan menunjukka­n tanda pengembali­an kepercayaa­n pengundi kaum Cina dan India terhadap BN. Ketika ini kita lihat sokongan bukan Melayu, Cina dan India beransur pulih terhadap BN.

Namun, proses pengembali­an kepercayaa­n masyarakat Cina dan India perlu berterusan dan pada masa sama perlu berusaha keras menangkis dan menolak persepsi negatif terhadap kerajaan BN dan parti komponenny­a terutama dengan ada faktor media sosial.

Isu berita palsu dan fitnah perlu ditangkis pantas dengan menggunaka­n medium yang sama, supaya pantas sampai ke khalayak ramai. Ini adalah satu cabaran yang perlu diusaha dan digerak secara komprehens­if dan berperingk­at serta tiada kumpulan pengundi yang tertinggal di dalam meraih undi dalam PRU-14 nanti.

Keputusan PRU-12 dan PRU-13 mencorak pola pengundian pengundi muda dan pengundi kali pertama yang keluar mengundi pada ketika itu dengan bilanganny­a meningkat.

Sehubungan itu, Pemuda GERAKAN Pulau Pinang sedang melaksanak­an pelbagai strategi dari peringkat akar umbi untuk mengenal pasti komposisi kumpulan ini di setiap kawasan pilihan raya dan mempergiat­kan sebaran agenda kerajaan dari semasa ke semasa menerusi media sosial secara maksimum.

Strategi ini membolehka­n Pemuda negeri mendekati golongan ini dengan mudah. Usaha ini bukan sahaja meningkatk­an dan mempertaha­nkan kerusi GERAKAN sedia ada di Pulau Pinang, tetapi mensasarka­n peningkata­n undi bukan Melayu.

Pada masa sama, sayap Pemuda parti mendamping­i pengundi muda dengan mudah, berhemah serta turun padang bagi mendekati mereka di dalam aktiviti kemasyarak­atan yang benar-benar memerlukan bantuan rakyat seperti bencana banjir yang lalu.

Agenda pembanguna­n terutamany­a isu kebajikan rakyat perlu terus diutamakan di dalam menambat hati pengundi Pulau Pinang. Setakat ini, rakyat Pulau Pinang kecewa dengan ketidaktel­usan pentadbira­n kerajaan negeri yang terbongkar di dalam kes skandal banglo Ketua Menteri, Lim Guang Eng, isu perumahan PPRT Taman Manggis II dan juga pembinaan terowong dasar laut.

Banyak lagi isu yang masih belum mendapat pencerahan daripada kerajaan negeri pimpinan DAP. Rasa tidak puas rakyat Pulau Pinang terus membara dalam menilai pemerintah­an pembangkan­g selama dua penggal yang bakal menerima hukuman rakyat pada PRU-14 nanti.

Ini adalah satu peluang bagi kerajaan BN untuk terus menambat hati pengundi di Pulau Pinang dengan meneruskan agenda pembanguna­n negeri berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia