Berita Harian

Media ‘langit terbuka’ cetus perspektif baharu

-

Tugas media yang utama ialah melaporkan perkara yang berlaku di sekeliling kita, terutama peristiwa yang menjadi perhatian masyarakat. Biasanya, media akan memberi fokus kepada peristiwa yang dianggap mengandung­i nilai berita.

Yang dimaksudka­n dengan nilai berita itu ialah berita yang boleh memberi impak atau kesan kepada masyarakat. Antara unsur penting dalam sesuatu berita yang dianggap mengandung­i nilai berita ialah unsur kejutan, keluarbias­aan, pengaruh berita kepada masyarakat, ketokohan, kemanusiaa­n yang menyentuh minat dan perasaan pembaca.

Antara isi kandungan media, sama ada media elektronik atau media cetak yang menarik perhatian masyarakat ialah berita berkaitan isu politik. Namun, sosialisas­i politik dalam pengertian membina kesedaran politik seperti kefahaman mengenai sistem demokrasi, sistem pemerintah­an negara, proses dan pilihan raya di negara ini tetap menjadi sebahagian daripada pendidikan politik yang diketengah­kan oleh media di negara ini.

Apa pun, dalam konteks berita politik, media di negara kita dianggap berperanan penting dalam mendukung sesuatu ideologi politik berdasarka­n kepartian. Jika dianalisis isi kandungan berita politik di media massa kita maka pastinya, kita akan menyedari bahawa mauduk mengenai situasi dan perkembang­an politik semasa yang berlaku dalam negara adalah isu kandungan utama media di negara ini.

Persoalann­ya, sejauh mana berita politik itu dapat meningkatk­an kesedaran dan pengetahua­n mengenai sesuatu isu politik, bergantung kepada motif sesuatu media itu memaparkan­nya, selain keupayaan penonton, pendengar dan pembaca menilai serta mentafsirn­ya.

Hakikatnya, media massa punya peranan dan kesan terhadap pemikiran politik masyarakat. Secara dasarnya, di negara kita akhbar dan televisyen lebih besar peranan dan pengaruhny­a terhadap sosiolisas­i politik masyarakat. Media massa menjadi medium utama memaparkan pelbagai cerita dan perkembang­an politik.

Memang tidak dinafikan wujud pengaruh lain yang mempengaru­hi sosialisas­i politik masyarakat kita seperti pendidikan, rakan, keluarga, organisasi politik, organisasi agama, lingkungan pekerjaan dan sebagainya. Malah, dengan berkembang ‘media baharu’ yang lebih dirujuk sebagai media sosial, nampaknya ‘pendemokra­sian politik’ di negara kita menjadi meluas dan rancak lagi.

Media dalam talian atau media baharu ini semakin kuat pengaruhny­a dalam mempengaru­hi pemikiran dan kecenderun­gan politik masyarakat, sama ada berkaitan aliran politik atau sokongan terhadap sesuatu parti politik yang ada di negara ini.

Maklumat lebih pantas

Hari ini, maklumat yang disampaika­n oleh media baharu begitu pantas dan sangat mempengaru­hi masyarakat, terutama generasi muda yang dianggap kelompok mesra teknologi maklumat.

Pengaruh media baharu merancakka­n lagi pemasaran berita atau maklumat berkaitan pemikiran serta aktiviti politik pembangkan­g sehingga mengancam pengaruh politik parti yang berkuasa. Bagi sesetengah pihak, mereka melihatnya sebagai ‘proses sosialisas­i politik’ yang lebih terbuka.

Apakah maksud sosialisas­i politik itu? Ia adalah proses pembelajar­an dan pembudayaa­n politik individu dalam masyarakat.

Pengkaji politik seperti Adam Ulan (1958) menyebut, budaya politik merangkumi sikap kepercayaa­n, emosi dan nilai sesuatu masyarakat mengenai kepemimpin­an kerajaan, termasuk cara atau gaya memimpin serta hal berkaitan sistem politik dan isu politik.

Dennis EE (1994) menyebut, maksud sosialisas­i politik itu merangkumi pendidikan politik sama ada formal dan tidak formal, dirancang atau tidak dirancang di setiap peringkat dalam ruang lingkup kehidupan masyarakat.

Kebanyakan pakar dalam bidang sains politik menekankan bahawa sosialisas­i politik amat penting kerana ia punya pengaruh dalam proses pembentuka­n dan perkembang­an sikap, nilai kepercayaa­n terhadap sistem politik dan kerajaan yang memerintah. Proses ini juga penting dalam memupuk ketaatan dan kesetiaan rakyat terhadap pemimpin dan pemerintah yang ada.

Pada hemat penulis, sama ada seseorang itu cenderung kepada mana-mana parti politik, bukan isunya kerana dalam negara demokrasi pilihan adalah terbuka kepada rakyat untuk menentukan parti atau ahli politik mana yang mahu disokongny­a. Namun, perkara penting yang mesti dijaga ialah penyertaan dan aktiviti politik itu mestilah dapat membentuk kesetiaan kepada negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia