Berita Harian

Cuaca sejuk beri kesan golongan berisiko

Individu ada sejarah penyakit pernafasan mudah terjejas akibat perubahan suhu persekitar­an

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

Suhu rendah dan cuaca sejuk yang melanda negara kebelakang­an ini boleh memberi kesan terhadap kesihatan individu.

Cuaca sejuk boleh menyebabka­n suhu badan menjadi rendah selain mengundang penyakit lazim seperti demam, selesema, batuk dan hipotermia.

Pakar Kecemasan dan Trauma Pusat Perubatan Park City, Dr Hanafiah Bashirun, berkata cuaca sejuk boleh memberi kesan lebih besar bagi golongan tertentu, khususnya mereka yang mempunyai sejarah penyakit berkaitan pernafasan.

Serangan asma waktu malam

Katanya, mereka yang mempunyai sejarah lelah atau asma, perlu lebih berhati-hati memandangk­an serangan boleh berlaku, terutama pada waktu malam dan awal pagi ketika cuaca lebih rendah.

“Suhu badan manusia dikekalkan antara 36.1 darjah Celsius hingga 37.2 darjah Celsius serta mempunyai tisu kawalan suhu untuk badan yang berubah, bergantung kepada beberapa faktor termasuk persekitar­an.

“Perubahan suhu persekitar­an yang drastik boleh membawa kesan membimbang­kan terhadap kawalan suhu badan bayi dan kanakkanak, warga emas serta mereka yang mempunyai sejarah penyakit pernafasan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Bagi mengelak risiko masalah kesihatan, Dr Hanafiah berkata, beberapa langkah perlu diambil sebagai persediaan

Antara lain, katanya, mengurangk­an aktiviti luar rumah dan lawatan ke kawasan dingin, selain menggunaka­n pakaian tebal untuk memastikan badan kekal panas.

“Pengambila­n cecair 2.5 liter (l) sehari amat penting tanpa mengira cuaca dan masa, namun untuk cuaca sejuk begini, eloklah mengambil air panas atau suam untuk mengekalka­n suhu badan,” katanya.

Perubahan suhu persekitar­an yang drastik boleh membawa kesan membimbang­kan terhadap kawalan suhu badan bayi dan kanakkanak, warga emas serta mereka yang mempunyai sejarah penyakit pernafasan” Dr Hanafiah Bashirun, Pakar Kecemasan dan Trauma Pusat Perubatan Park City

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] [FOTO GHAZALI KORI/BH] ?? Pengunjung pasar tani di Alor Setar dan murid sekolah di Kuala Terengganu memakai baju tebal berikutan fenomena cuaca sejuk melanda negara.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] [FOTO GHAZALI KORI/BH] Pengunjung pasar tani di Alor Setar dan murid sekolah di Kuala Terengganu memakai baju tebal berikutan fenomena cuaca sejuk melanda negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia