Berita Harian

Klinik Pergigian Pakar HUSM guna alat termaju

-

Kota Bharu: Klinik Pergigian Pakar Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mengambil inisiatif menggunaka­n peralatan termaju khususnya untuk rawatan gigi terhadap kanak-kanak.

Mula beroperasi di bangunan baharu sejak dua minggu lalu iaitu di Pusat Trauma HUSM, klinik pakar pergigian itu dilengkapi dua kerusi animasi kartun khas untuk mengelakka­n fobia dalam kalangan kanak-kanak ketika menerima rawatan.

Kos satu kerusi RM150,000

Dekan Pusat Pengajian Sains Pendidikan, Profesor Dr Adam Husein, berkata HUSM adalah klinik pakar kedua di negara ini yang dilengkapi teknologi terkini itu selain Universiti Teknologi MARA (UITM) dan dianggarka­n kos satu unit kerusi rawatan terbabit adalah RM150,000.

“Dua kerusi khas itu diterima hasil daripada kerjasama pintar bersama rakan strategik dari Hospital Meichen Stomatolog­ical, Weihan, China khusus untuk keperluan rawatan kanak-kanak dan golongan orang kelainan upaya (OKU).

“Kerusi ini direka dengan bentuk animasi dan turut disediakan adalah tayangan kartun menerusi ipad yang dipasang bagi menghilang­kan gementar pesakit ketika mendapatka­n rawatan,” katanya ketika sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Klinik Pakar Pergigian terbabit yang dirasmikan oleh Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Asma Ismail.

Prof Dr Adam berkata, secara purata, HUSM menerima pesakit seramai 8,000 hingga 10,000 sebulan dengan khidmat dari 45 doktor pakar termasuk tujuh untuk kanak-kanak.

 ?? [FOTO FARIS ZAINULDIN/BH] ?? Dr Asma (kanan) melihat kerusi rawatan gigi animasi selepas merasmikan Klinik Pakar Pergigian di Pusat Trauma HUSM di Kubang Kerian, semalam.
[FOTO FARIS ZAINULDIN/BH] Dr Asma (kanan) melihat kerusi rawatan gigi animasi selepas merasmikan Klinik Pakar Pergigian di Pusat Trauma HUSM di Kubang Kerian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia