Berita Harian

Pahang, Johor diramal tiada hujan berterusan

Ramalan cuaca terkini Jabatan Meteorolog­i redakan banjir di dua negeri

-

Oleh Syed Azwan Syed Ali, Nurul Amanina Suhaini, Syaherah Mustafa dan Shahrinnah­ar Latib

Jabatan Meteorolog­i meramalkan tiada hujan lebat berterusan untuk tempoh tiga hari hingga esok, sekali gus meredakan banjir di Pahang dan Johor.

Ketua Pengarahny­a, Alui Bahari, ketika dihubungi BH berkata amaran cuaca hujan lebat di Pahang dan Johor ditamatkan kelmarin.

“Kita tak jangka hujan lebat menyebabka­n banjir. Ramalan cuaca terkini menunjukka­n tiada hujan lebat berterusan untuk tempoh tiga hari terdekat di mana-mana lokasi di Malaysia.

“Hujan biasa dan ribut petir ada tetapi bukan hujan lebat berterusan,” katanya.

Semakan di laman web Jabatan Meteorolog­i menunjukka­n tiada amaran ribut petir dikeluarka­n semalam.

Di sebuah sekolah di Kluang ditutup apabila banjir semakin buruk, dengan keseluruha­n seramai 1,395 mangsa daripada 376 keluarga dipindahka­n di tiga daerah.

Johor, Terputus hubungan

EXCO Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Punan ditutup selepas laluan ke sekolah terputus hubungan, menyebabka­n tenaga pengajar sekolah itu terpaksa melaporkan diri di SK Batu 3.

Bagaimanap­un, katanya, dua sekolah di Kluang iaitu SK Ladang Mutiara dan SK Seri Sedohok tetap meneruskan sesi persekolah­an walaupun laluan ke sekolah itu terputus.

Sementara itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, melawat Pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Mersing Kanan dan SK Air Papan di Mersing, semalam.

Dalam satu kenyataan dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) rasmi Sultan Johor di sini, baginda berkenan meninjau keadaan mangsa banjir yang ditempatka­n di situ sejak kelmarin.

Pada kunjungan itu, Sultan Ibrahim turut menyampaik­an barangan keperluan, selain beramah mesra dengan mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di keduadua sekolah terbabit.

Mangsa banjir berkuranga­n Pahang,

Di jumlah mangsa banjir di empat daerah di negeri itu berkurang kepada 1,658 orang daripada 425 keluarga setakat jam 10 pagi, berbanding 1,665 orang daripada 426 keluarga malam kelmarin.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Kolonel (PA) Zainal Yusoff, berkata Pekan masih daerah paling ramai mangsa iaitu 1,299 orang daripada 326 keluarga yang ditempatka­n di 11 PPS.

Selain itu, tiga sungai turut melepasi paras amaran iaitu Sungai Lepar di Jambatan Gelugor, dengan bacaan 29.42m (30m paras bahaya), Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran 18.12m (19m meter paras bahaya) dan Kuala Sungai Chini, Pekan 14.59m (14.9m paras bahaya).

Di Kelantan, paras air Sungai Golok melebihi paras bahaya sejak malam kelmarin selepas hujan lebat selama tiga hari.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Mangsa banjir meniti jambatan kayu yang dibina untuk melintasi banjir yang melanda rumahnya di Kampung Benta Langgar, Pekan.
[FOTO BERNAMA] Mangsa banjir meniti jambatan kayu yang dibina untuk melintasi banjir yang melanda rumahnya di Kampung Benta Langgar, Pekan.
 ?? [FOTO MOHD SAH MUDA/BH] ?? Sultan Ibrahim melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di SK Mersing Kanan, Mersing, semalam.
[FOTO MOHD SAH MUDA/BH] Sultan Ibrahim melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di SK Mersing Kanan, Mersing, semalam.
 ?? [FOTO RAFI MAMAT/BH] ?? ADUN Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (kanan) menyampaik­an bantuan keperluan harian kepada mangsa banjir di Kampung Sekor, Pekan, semalam.
[FOTO RAFI MAMAT/BH] ADUN Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff (kanan) menyampaik­an bantuan keperluan harian kepada mangsa banjir di Kampung Sekor, Pekan, semalam.
 ?? [FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] ?? Sekolah Kebangsaan Temai, Pekan ditenggela­mi banjir.
[FOTO MUHAMMAD ASYRAF SAWAL/BH] Sekolah Kebangsaan Temai, Pekan ditenggela­mi banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia