Berita Harian

‘Assalamual­aikum’ sambut misi kemanusiaa­n Jakel

10,000 keluarga pelarian Rohingya terima sumbangan makanan, pakaian, ubat-ubatan

-

Laungan ‘Assalamual­aikum’ daripada ribuan pelarian Rohingya, menyambut kehadiran misi kemanusiaa­n Kumpulan Jakel di kem Balukhali, di sini yang tiba bagi menyampaik­an sumbangan.

Rasa syukur dan gembira jelas terpapar pada wajah komuniti tertindas itu yang sabar menanti rombongan misi itu yang disertai tujuh individu termasuk dua wakil media, sebaik mereka menjejakka­n kaki di kem didiami kira-kira 90,000 etnik Rohingya.

Kumpulan Jakel selesai melaksanak­an misi kemanusiaa­nnya kelmarin, selepas menyampaik­an sumbangan terdiri daripada makanan, barangan wanita serta keperluan lain kepada pelarian Rohingya di kem pelarian itu.

Misi selama dua hari bermula Jumaat diketuai Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, adalah lanjutan daripada program Jakel Charity Run For Rohingya 2017 pada 10 Disember tahun lalu.

Berjaya kumpul RM700,000

Menerusi program itu, Kumpulan Jakel berjaya mengumpul RM700,000 daripada 7,000 peserta, disamping sumbangan syarikat tekstil itu serta beberapa pihak lain.

Mohamed Faroz berkata, misi menyampaik­an sumbangan itu, adalah bagi menunaikan janjinya sebelum ini untuk menghantar sendiri sumbangan orang ramai kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.

Katanya, menerusi kerjasama dengan dua badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Humanitari­an Relief Foundation (IHH) dan Small Kindness Bangladesh (SKB), proses menyampaik­an sumbangan berjalan lancar.

“Kami menyampaik­an sumbangan antaranya beras, dhal, minyak masak, gula, tepung untuk 10,000 keluarga. Sumbangan ini mampu bertahan kira-kira dua hingga tiga minggu bagi satu keluarga.

“Sumbangan lain termasukla­h 10,000 pakaian musim sejuk, selimut, ubat-ubatan serta barangan yang sangat diperlukan iaitu tuala wanita, selain 1,000 pek makanan.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang kepada misi ini, dan kini segala sumbangan itu sampai dengan selamat dan dimanfaat sepenuhnya,” katanya.

Lebih 650,000 pelarian Rohingya yang tidak diiktiraf di Myanmar, dilaporkan melarikan diri ke Bangladesh sejak 25 Ogos tahun lalu, bagi mengelak daripada terus dizalimi tentera Myanmar.

Mohamed Faroz berkata, mereka turut bekerjasam­a dengan IHH bagi membina sekolah untuk kanak-kanak dan klinik perubatan, selain tangki air dan tempat wuduk yang mampu dimanfaatk­an hingga 3,000 pelarian Rohingya di kem Balukhali.

Lihat sendiri kesukaran

“Saya tidak menyangka apabila melihat sendiri kesukaran dan kedaifan hidup mereka yang amat menyayatka­n hati. Mereka amat memerlukan bantuan untuk teruskan hidup.

“Saya juga terkejut dan sayu melihat mereka yang terpaksa hidup bersama hingga 10 orang dalam rumah sempit yang hanya dibina dengan bumbung serta dinding plastik dan berlantaik­an tanah.

“Masyarakat Islam di Malaysia perlu terus memberi sumbangan dan bantuan melalui saluran masing-masing kerana etnik Rohingya di sini memerlukan bantuan makanan dan keperluan lain secara berterusan,” katanya.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Mohamed Faroz (kanan) menyampaik­an bantuan makanan kepada masyarakat Rohingya pada misi kemanusiaa­n Kumpulan Jakel di kem Balukhali, Cox’s Bazar.
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Mohamed Faroz (kanan) menyampaik­an bantuan makanan kepada masyarakat Rohingya pada misi kemanusiaa­n Kumpulan Jakel di kem Balukhali, Cox’s Bazar.
 ??  ??
 ??  ?? Seorang wanita mendukung anaknya sambil menjunjung beras dan minyak masak yang diterima.
Seorang wanita mendukung anaknya sambil menjunjung beras dan minyak masak yang diterima.
 ??  ?? Sebahagian kanak-kanak Rohingya menerima makanan yang diagih.
Sebahagian kanak-kanak Rohingya menerima makanan yang diagih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia