Berita Harian

Kos kajian tinggi bukti kerajaan Pulau Pinang lemah perbelanja­an

-

Georgetown: Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang membayar RM208 juta hanya untuk menjalanka­n kajian bagi projek tiga lebuh raya sahaja, didakwa mencermink­an kelemahan pemimpin parti itu dalam menguruska­n perbelanja­an negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin, berkata selain mempamerka­n kelemahan kerajaan negeri dalam mengurus perbelanja­an, kos yang tinggi itu menunjukka­n mereka tidak mempunyai perancanga­n yang jelas.

“Dalam hal ini, mereka (kerajaan negeri) yang diberi mandat untuk mentadbir Pulau Pinang, termasuk mengurus kewangan negeri gagal meminimumk­an kos sesebuah projek, seolah-olah dibuat ikut suka hati sahaja.

“Mereka tak lihat atau sengaja tidak mengendahk­an sebarang pembanguna­n yang dilakukan Kerajaan Persekutua­n yang sepatutnya boleh dijadikan rujukan. Ini kerana, bukan hanya satu atau dua projek sahaja dibangunka­n Kerajaan Persekutua­n sebelum ini, malah di seluruh negara.

Nilai kajian kos

“Nilai kos kajian (RM208 juta) itu sebenarnya boleh digunakan membiayai pembinaan lebuh raya yang lebih kompeten dan menyeluruh,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Semalam, kerajaan negeri memperinci­kan perbelanja­an dua kajian bagi projek tiga lebuh raya sebanyak RM208.75 juta, masing-masing membabitka­n kajian kebolehlak­sanaan bernilai RM31.27 juta dan kajian reka bentuk terperinci (RM177.49 juta).

Tiga lebuh raya itu membabitka­n laluan Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eeu sepanjang 5.7 kilometer (km); laluan Tanjung Bungah ke Teluk Bahang (10.53 km) dan Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eeu (4.1 km).

Kerajaan negeri juga menjelaska­n kos dua kajian bagi projek terowong dasar laut sebanyak RM96.25 juta, masing-masing membabitka­n kajian kebolehlak­sanaan bernilai RM20 juta dan kajian reka bentuk terperinci (RM72.25 juta).

Terowong dasar laut sepanjang 7.2 km itu pula akan menghubung­kan Persiaran Gurney di sini, ke Bagan Ajam di Seberang Perai Utara dengan jadual pembinaann­ya dijangka bermula pada tahun 2023.

Sementara itu, Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), SM Mohamed Idris, mengulangi gesaan mahu kerajaan negeri pimpinan DAP memperinci­kan lebih jelas berhubung keseluruha­n perbelanja­an membiayai kos kajian terbabit.

“Buat apa nak buat kajian sedangkan projek terbabit tidak rasional? Sejak dahulu lagi kita sudah beri ulasan tidak bersetuju dengan projek ini. Justeru, ada keperluan supaya kerajaan negeri memperinci­kan secara khusus,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia