Berita Harian

5,400 karton rokok dirampas

-

Kota Bharu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Kelantan merampas 5,400 karton rokok jenama Saat bernilai RM486,000, termasuk cukai dalam serbuan terhadap sebuah lori di Setiu, Terengganu, kelmarin.

Dalam operasi khas bersepadu pada jam 3.40 pagi, anggota kastam menyerbu lori jenis Isuzu dan turut menahan seorang lelaki berusia 47 tahun yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan.

Pengarah Kastam Kelantan, Datuk Nasir Yusoff, berkata pasukannya mengejar lori terbabit hasil maklumat awam, sebelum ditahan di hadapan Sekolah Kebangsaan Batu 29, Jalan Kota Bharu-terengganu.

“Selepas memeriksa muatan lori itu, didapati rokok 1,620 kilogram (kg) disembunyi­kan di sebalik barang lain seperti tayar dan timbunan bekas polestrin bagi mengaburi mata pegawai kastam.

Lori dirampas

“Pemandu terbabit kemudian dibawa ke Pejabat Penguatkua­saan Cawangan Kota Bharu untuk siasatan lanjut. Selain rokok, lori bernilai RM50,000 itu turut dirampas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 yang boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda jumlah nilai barangan dan tidak melebihi 20 kali ganda jumlah nilai barangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, dalam kes berasingan pada 8 Januari lalu, kastam merampas 8,410 karton rokok bernilai RM707,000 termasuk cukai dalam serbuan terhadap sebuah lori di Gua Musang.

Bagaimanap­un, Nasir berkata, pemandu serta kelindan lori terbabit yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke negeri ini melarikan diri.

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] ?? Mohd Nasir (kanan) menunjukka­n sebahagian rokok dirampas di Gua Musang dan Setiu, Terengganu pada sidang media di Kota Bharu, semalam.
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] Mohd Nasir (kanan) menunjukka­n sebahagian rokok dirampas di Gua Musang dan Setiu, Terengganu pada sidang media di Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia