Berita Harian

Kena tetak sebelum dihumban ke laut

Hasil bedah siasat dapati ada kesan guna senjata tajam di kepala mangsa bunuh

- Oleh Ruwaida Md Zain

Mayat yang ditemui di bawah jeti pelabuhan di sini kelmarin, dipercayai adalah mangsa tetakan hingga mati sebelum dicampak ke laut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, laporan bedah siasat menunjukka­n wujud kesan tetakan di kepala mangsa menggunaka­n senjata tajam dan berat.

“Mangsa berkemungk­inan mati antara satu hingga dua minggu lalu. Dia dibunuh terlebih dulu sebelum mayatnya dibuang ke laut.

“Mangsa berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an, bangsa belum dapat dipastikan, tidak berkhatan dan mempunyai ketinggian 165 sentimeter.

Badan ada kesan tatu

“Tubuh mangsa mempunyai tatu tetapi tidak jelas pada dada bermula dengan huruf M dan berakhir dengan huruf A, manakala identitiny­a belum diketahui,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Mayat berbalut kanvas

Kelmarin, mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan berbalut dengan kanvas dan terlekat pada tiang di bawah Jeti Pelabuhan Barter Trade, Jalan Asa Niaga, di sini.

Mayat ditemui dalam keadaan tidak berbaju, berseluar panjang, berkasut sarung kelabu tanpa jenama serta berstokin pendek.

Shamsul Amar berkata, pemeriksaa­n Unit Forensik mendapati satu besi konkrit, satu besi berkarat dan sebuah bata diikat di belakang badan serta kaki simati.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia