Berita Harian

Polis tahan tiga lelaki kes samun pemandu Grab Car

-

Klang: Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes samun pemandu Grab Car di Bandar Putera di sini, 7 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata dalam kejadian pada jam 7.50 malam itu, mangsa yang berusia 43 tahun membawa seorang suspek dari Kampung Jawa ke Bandar Putera.

“Sebaik tiba di destinasi, suspek meminta pemandu keluar dari keretanya dengan alasan meminta tolong mencari telefon bimbit yang tertinggal dalam kereta itu.

“Sebaik mangsa turun dari kereta, suspek cuba menumbuk tetapi sempat dielak mangsa. Suspek kemudian melarikan diri menggunaka­n kereta mangsa.

Mangsa rugi RM45,000

“Susulan kejadian itu, mangsa kerugian kirakira RM45,000 iaitu sebuah kereta jenis Perodua Bezza, wang tunai dan telefon bimbit,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Beliau berkata, maklumat membawa sepasukan pegawai dan anggota menahan tiga lelaki berusia 14, 25 dan 44 tahun di Kampung Jawa, malam kelmarin.

Katanya, suspek berusia 25 tahun yang dipercayai menyamun mangsa, mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitka­n samun, curi kenderaan dan dadah.

“Suspek berkenaan dikesan positif dadah jenis Methamphet­amine dan direman tujuh hari, manakala dua lagi suspek direman empat hari.

“Kereta mangsa ditemui di sebuah lorong di Taman Maznah, di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia