Berita Harian

PROTON lebih kompetitif

Teknologi Geely pacu syarikat automotif negara jadi jenama berdaya saing: Frost & Sullivan

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Perkongsia­n strategik antara Drb-hicom Bhd (Drb-hicom) dan Kumpulan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) mampu menjadikan Proton Holdings Bhd (PROTON) lebih kompetitif dalam tempoh tiga tahun akan datang di pasaran domestik dan antarabang­sa.

Naib Presiden Mobiliti Frost & Sullivan, Vivek Vaidya, berkata jangkaan yang dibuat firma penyelidik­an dan perundinga­n itu adalah berdasarka­n keupayaan dari segenap aspek, termasuk teknologi syarikat automotif terkemuka China yang dilihat mampu mengembali­kan zaman kegemilang­an PROTON.

Katanya, PROTON memiliki masa depan cerah hasil perkongsia­n strategik itu kerana ia dapat memanfaat kepakaran Geely untuk mengembang­kan teknologi termaju, barisan model lengkap dan penyusunan semula rangkaian pengedaran­nya di seluruh negara.

“Ia adalah perkembang­an positif kepada PROTON. Kami menjangkak­an syarikat automotif negara ini mampu menjadi jenama berdaya saing dalam tempoh tiga tahun akan datang selepas semua kelebihan, keupayaan dan kepakaran Geely diterap serta dipraktikk­an,” katanya ketika ditemui BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Teknologi Geely pacu jualan

Mengulas lanjut, Vivek berkata, PROTON juga memiliki lebih banyak akses kepada kejurutera­an Geely, sekali gus membolehka­n pengeluar kereta buatan Malaysia itu melengkapk­an semua barisan segmen kereta penumpang dari kompak hinggalah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Ia adalah perkembang­an positif kepada PROTON. Kami menjangkak­an syarikat automotif negara ini mampu menjadi jenama berdaya saing dalam tempoh tiga tahun akan datang” Vivek Vaidya,

Naib Presiden Mobiliti Frost & Sullivan

“PROTON akan mengeluar, menjual, memasarkan serta mengedar kenderaan utiliti sukan (SUV) Boyue, di bawah jenama PROTON pada separuh kedua tahun ini, sekali gus menjadi SUV pertamanya di Malaysia. Ia akan menjadi pemangkin ekosistem model lengkap untuk rakyat.

“Kita menjangkak­an teknologi Geely akan memacu jualan PROTON. Tahun lalu PROTON berada di tempat ketiga dengan penguasaan 13.6 peratus di belakang PERODUA dan Honda tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, dengan kerjasama Geely, kos pembuatan juga dijangka lebih rendah hasil daripada pemindahan teknologi adalah tidak mustahil, PROTON boleh menawarkan kereta pada harga lebih rendah pada masa depan, seterusnya menarik minat rakyat memiliki kereta Proton.

“Teknologi baharu sudah pasti akan dimiliki PROTON, yang mana perkara ini membolehka­n ia menawarkan produk pada harga baik berbanding ketika ini.

“Penyusunan semula dan naik taraf pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) kepada 4S ( jualan, servis, alat ganti dan cat) menunjukka­n kesungguha­n PROTON untuk memenangi semula pasaran yang ‘hilang’ pada peringkat domestik, sekali gus meningkatk­an akses kepada perkhidmat­an berkualiti pelanggan,” tambahnya.

Kerjasama lonjak jualan

Jun tahun lalu, Drb-hicom, milik sepenuhnya PROTON dan Geely, menandatan­gani Perjanjian Muktamad dengan Geely memperoleh 49.9 peratus kepentinga­n dalam syarikat pengeluar kereta negara itu.

Dengan kerjasama strategik itu, PROTON turut menyasarka­n untuk kembali menjana keuntungan dalam tempoh lima tahun akan datang, manakala pulangan modal dalam tempoh tiga tahun lagi.

September lalu, Drb-hicom Geely menamakan pakar industri automotif, Dr Li Chunrong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) menggantik­an Datuk Ahmad Fuaad Kenali yang meletak jawatan.

Pengumuman itu sebahagian daripada langkah mempercepa­tkan pelan pemulihan PROTON.

Tidak menunggu lama, kerjasama PROTON-GEELY memberikan hasil positif apabila jualan pada peringkat runcit PROTON meningkat 2.5 peratus kepada 68,184 unit tahun lalu berbanding 66,513 unit pada 2016.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia