Berita Harian

Yazid anak kampung berpandang­an jauh

Pengalaman luas Pengarah Eksekutif MPRC bimbing OGSE tempatan teguh hadapi cabaran

- Oleh Suffian A Bakar

Nadibiz minggu ini mengetenga­hkan kisah Mohd Yazid Ja’afar, 47, Pengarah Eksekutif Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia atau dikenali Malaysia Petroleum Resources Corporatio­n (MPRC).

Sungguhpun MPRC bukanlah entiti perniagaan, tetapi agensi itu penting kepada usahawan tempatan, khususnya yang terbabit dalam industri sokongan minyak dan gas, terutama dalam persekitar­an industri minyak dan gas negara yang begitu mencabar kini.

Agensi kerajaan itu dipertangg­ungjawabka­n membangunk­an industri servis dan peralatan minyak dan gas (OGSE) di Malaysia dan memanfaatk­an kedudukan geografi negara yang strategik bagi menjadikan Malaysia hab utama OGSE di Asia Pasifik.

Yazid menerima pendidikan awal di sekolah kampung di Rengit, Batu Pahat, sebelum terpilih memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

Beliau pelajar cemerlang meraih A dalam semua mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali Geografi.

Disebabkan prestasi akademik konsisten selama lima tahun di sekolah, beliau ditawarkan biasiswa PETRONAS untuk melanjutka­n pelajaran di sekolah berasrama di United Kingdom (UK) sebagai persediaan menduduki peperiksaa­n A-levels atau Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia, sebelum diserapkan ke universiti.

Ketika di Brooke House Vith Form College di Market Harborough, beliau menerima pendedahan awal yang amat berguna untuk masa depan. Di sekolah swasta itu beliau berpeluang bergaul dan terbabit dalam pelbagai aktiviti bersama pelajar pintar dari seluruh dunia dan ini sedikit sebanyak membentuk peribadi Yazid dalam tempoh proses kematangan.

Tinggal di asrama bersama pelajar tempatan dan antarabang­sa menjadikan Yazid tidak canggung berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Teruskan pengajian di Imperial College London

Yazid meneruskan pengajian dalam bidang kejurutera­an kimia di Imperial College London, antara 10 universiti terkemuka di dunia dengan memperoleh Sarjana Kejurutera­an atau Master of Engineerin­g selepas melengkapk­an tempoh pengajian empat tahun.

Ketika beliau pulang ke tanah air pada 1994, negara dilanda krisis ekonomi. Banyak syarikat mula berhemat dalam berbelanja dan pekerjaan sukar dicari. PETRONAS pula tidak dapat menyerap Yazid ke dalam organisasi­nya.

Bagaimanap­un, beliau bernasib baik dapat menyertai sebuah bank sebagai penganalis­is kuantitati­f, tetapi hanya untuk beberapa bulan sahaja sebelum dipelawa bekerja di Shell Malaysia.

Pada masa sama, PETRONAS memanggil beliau untuk bekerja, tetapi disebabkan sudah berjanji untuk bekerja dengan Shell Malaysia, beliau menolak tawaran PETRONAS dan risikonya ialah beliau harus membayar balik kos pembelajar­an dibiayai PETRONAS sebelum itu. Ia mengambil tempoh lapan tahun untuk beliau melunaskan.

Karier beliau di Shell Malaysia berlanjuta­n 15 tahun dan selama tempoh itu pelbagai pengalaman, pengetahua­n dan perangkaia­n diperoleh.

Bermula daripada Eksekutif Pemasaran hingga ke jawatan terakhir beliau sebagai Pengurus Kanan Perniagaan Cecair Penggerudi­an yang membawa beliau bertugas di seluruh Malaysia, termasuk Pahang, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sarawak dan juga di luar negara di UK.

“Saya mendapat asas kukuh di Shell. Ia tempat latihan yang baik dan segala-galanya berasaskan merit,” kata anak kepada guru sekolah ini.

Selepas berhenti dari Shell Malaysia, Yazid berubah angin dengan menyertai Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar (IRDA) khusus dalam sektor pembanguna­n ekonomi dan perniagaan. IRDA menyaksika­n transforma­si Pengerang menjadi hab minyak dan gas.

Selepas tiga tahun di IRDA, beliau dengan pengalaman luas dalam sektor minyak dan gas, dan pembanguna­n ekonomi berdasarka­n minyak dan gas OGSE dipelawa menyertai makmal di bawah PEMANDU bertujuan mengenal pasti kaedah terbaik bagaimana sektor minyak dan gas boleh menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi negara dengan lebih berkesan dan lestari, termasuk menyokong dan memastikan pemain OGSE tempatan berdiri kukuh.

Hasil pertukaran pendapat dan perbincang­an dengan pemain industri, MPRC ditubuhkan pada April 2011 yang mana ia dimandatka­n menjadikan Malaysia hab utama OGSE di Asia Pasifik. Agensi itu melapor secara langsung ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Untuk mencapai matlamatny­a, Yazid antara individu yang bertanggun­g jawab menarik pemain antarabang­sa dan mengembang­kan juara serantau dalam kalangan pemain OGSE tempatan.

Globalisas­i OGSE tempatan

Ia dilakukan dengan menghubung­kan Malaysia kepada dunia dan mempermuda­hkan ekosistem yang lebih berdaya tahan bagi industri, yang mana MPRC menggarisk­an cadangan dasar sektor itu selain membantu mempromosi, mempercepa­tkan dan menglobali­sasikan keupayaan OGSE tempatan dalam segmen huluan hingga ke hiliran.

Ketika awal penubuhan MPRC, harga penanda aras minyak mentah dunia Brent berada di atas paras AS$100 satu tong dan dengan harga minyak dunia hari ini sekitar AS$60 satu tong, agensi itu berhadapan cabaran jauh lebih sukar dan mencabar.

Persekitar­an harga minyak dunia yang rendah memberi impak kepada pemain OGSE tempatan dan tidak dinafikan ada syarikat yang sudah dan menimbangk­an untuk gulung tikar dan ini antara cabaran terbesar buat MPRC.

“Bagaimanap­un, pemain OGSE tempatan sudah semakin matang. Standard yang diguna pakai bertaraf antarabang­sa dan sudah tiba masanya bagi mereka keluar sempadan negara mendapatka­n kontrak di pasaran baharu di luar sana,” katanya sambil menambah adalah menjadi agenda utama MPRC dan agensi kerajaan lain memastikan dan terus menyokong OGSE tempatan supaya dapat terus berniaga dalam senario ekonomi semasa yang begitu mencabar hari ini.

 ??  ??
 ?? [FOTO OSMAN ADNAN /BH] ?? Yazid menjadikan MPRC agensi penting kepada usahawan tempatan dalam industri sokongan minyak dan gas.
[FOTO OSMAN ADNAN /BH] Yazid menjadikan MPRC agensi penting kepada usahawan tempatan dalam industri sokongan minyak dan gas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia