Berita Harian

MSPO jenamakan minyak sawit negara

-

Sawit Lestari Malaysia (MSPO) akan menjadi pemangkin penting, selain memberikan pihak berkuasa Malaysia cara menguatkua­sa standard pensijilan, ia juga lebih menonjol di pasaran antarabang­sa serta menjenamak­an minyak sawitnya sebagai pilihan utama.

Pada permulaan, MSPO akan memberikan pihak berkuasa Malaysia cara menguatkua­sa standard pensijilan, iaitu satu perbezaan penting dengan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO).

“Penguatkua­saan itu akan menjadi lebih berkesan kerana MSPO berkait dengan instrumen sedia ada, contohnya, lesen rasmi diperlukan untuk mereka yang beroperasi dalam perniagaan minyak sawit dan dikeluarka­n Lembaga Minyak Swit Malaysia (MPOB),” kata jurnal yang bertajuk: “Membina Masa Depan Lestari Bersama: Minyak Sawit Malaysia dan Penggunaan Eropah.”

Kelebihan lain MSPO yang akan memanfaatk­an industri ialah dengan standard pensijilan sendiri yang diterima pada peringkat antarabang­sa, Malaysia boleh menonjol di pasaran antarabang­sa dan menjenamak­an minyak sawit Malaysia sebagai pilihan utama, kata jurnal itu yang ditulis secara bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia, Dr Kalyana Sundram; Pengurus Serantau di Eropah, Uthaya Kumar dan Perunding, Frank Vogelgesan­g.

Kelebihan MSPO

Oleh itu, Malaysia melihat banyak kelebihan MSPO walaupun kos yang tinggi dan banyak usaha diperlukan untuk menjayakan­nya.

“Disebabkan perkara inilah pihak berkuasa Malaysia berazam untuk menyelesai­kan perkara ini (lesen rasmi dan proses pensijilan) dengan menawarkan insentif kewangan pada rantaian pengeluara­n minyak sawit di negara ini untuk menjadi patuh MSPO,” katanya.

MSPO itu dikendalik­an Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia dan menjadi mandatori menjelang Disember 2019.

“Berikutan standard MSPO yang ketat, kejayaan skim berkenaan juga akan memberi manfaat kepada penggubal undang-undang Eropah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia