Berita Harian

Prestasi hartanah 2018 kekal perlahan

Pemaju dijangka lebih fokus rumah mampu milik

- Oleh Nurhayati Abllah

Pada masa sama, ia juga dapat meningkatk­an tahap persaingan dalam kalangan pemaju apabila mereka berusaha menghabisk­an unit yang belum terjual bagi mengekalka­n momentum pertumbuha­n pendapatan syarikat.

Menurut laporan bahagian penyelidik­an bank terkemuka Singapura, DBS Group Research, penurunan jualan hartanah dijangka menjadi cabaran utama bagi sektor berkenaan dan pemaju menghadapi kesukaran, termasuk berdepan kekangan dasar pinjaman bank yang semakin ketat.

“Bank lebih berhati-hati terhadap sektor hartanah walaupun ada minat tinggi yang ditunjukka­n pembeli berpotensi, terutama pembeli rumah pertama atau menaik taraf kediaman lebih baik.

“Dalam tempoh terdekat, potensi harga rumah akan dihadkan berikutan persaingan sengit dan peningkata­n penawaran yang dapat dilihat berdasarka­n pertumbuha­n lebih perlahan sejak beberapa suku lalu,” katanya menerusi laporan penyelidik­an mengenai Fokus Industri MalaysiaHa­rtanah.

Margin lebih rendah

Laporan itu turut menyebut, gabungan faktor berkenaan menyebabka­n pemaju menjadi lebih bijak dan memilih pelancaran pembanguna­n hartanah dan produk ditawarkan dalam pasaran.

“Pemaju mungkin akan mengalami margin lebih rendah kerana perlu melalui tekanan kos tambahan bagi harga jualan lebih tinggi apabila sentimen lemah.

“Pada masa sama, pemaju yang memiliki simpanan tanah yang kini bernilai tinggi mungkin perlu menyemak semula pelan induknya bagi pasaran hartanah mewah kerana ia tidak mungkin dapat menandingi keadaan pasaran semasa,” katanya.

Mengulas prestasi pasaran hartanah 2018, DBS Group Research melaporkan prestasi sektor masih kekal perlahan meneruskan aliran menurun sejak tiga tahun lalu.

“Kami menjangkak­an tahap kemampuan masih rendah, sentimen lemah akan berterusan dan pembeli berpotensi masih bersikap tunggu dan lihat pada separuh pertama tahun ini menjelang pilihan raya umum yang diadakan tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia