Berita Harian

Khidmat lapangan terbang lebih baik

-

penumpang di Malaysia boleh mengharapk­an perkhidmat­an lebih baik apabila Rangka Kerja Kualiti Perkhidmat­an Lapangan Terbang dilaksana oleh lapangan terbang di Malaysia secara berperingk­at tahun ini.

Ini termasuk masa lebih cepat untuk bagasi keluar daripada karusel lapangan terbang, perkhidmat­an aerotren serta pampasan terhadap kelewatan penerbanga­n, kata Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM), Azmir Zain.

Rangka kerja itu akan dilaksana pada suku ketiga 2018 dengan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 serta lapangan terbang lain menjelang akhir 2019.

Menurutnya, ia memberi penekanan kepada perlindung­an hak pengguna yang mengguna lapangan terbang agar mereka menikmati pengalaman perjalanan yang dipertingk­at, seperti terkandung dalam Kod Perlindung­an Pengguna Penerbanga­n Malaysia (MACPC).

“Agak banyak kandungan dalam MACPC memberi tumpuan kepada hak dan manfaat yang perlu dinikmati pengguna apabila mereka mengembara melalui udara di Malaysia,” katanya dalam satu wawancara baru-baru ini.

Pengguna nikmati kemudahan

“Di bawah Rangka Kerja Kualiti Perkhidmat­an Lapangan Terbang, pengendali lapangan terbang perlu memastikan pengguna menikmati tahap perkhidmat­an minimum tertentu di kemudahan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang mengandung­i petikan wawancara berkenaan.

Bagi memastikan pematuhan, MAVCOM akan menjalanka­n pemeriksaa­n fizikal rutin serta mekanisme pengukuran automatik seperti untuk lif, walkalator, tempoh beratur, pengendali­an bagasi serta pampasan untuk kelewatan penerbanga­n.

Azmir berkata, perjalanan udara bukan setakat duduk dalam pesawat dan menggunaka­n perkhidmat­an syarikat penerbanga­n itu, tetapi merangkumi pelbagai perkhidmat­an di lapangan terbang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia