Berita Harian

Liberalisa­si tarif insurans motor pacu inovasi produk

Langkah capai objektif selepas 6 bulan dilaksana

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

ditawarkan pada harga kompetitif oleh syarikat insurans di negara ini bagi memenuhi keperluan pengguna.

Beliau berkata, langkah liberalisa­si insurans motor itu memperliha­tkan harga produk insurans motor tidak lagi ditentukan berdasarka­n tarif motor tetap.

Sebaliknya, harga produk insurans motor akan ditentukan oleh setiap penanggung insurans dan pengendali takaful mengikut risiko profil.

“Dalam tempoh enam bulan dilaksanak­an, nampaknya langkah liberalisa­si insurans motor mencapai objektifny­a dari segi inovasi produk dalam kalangan peserta industri.

“Secara keseluruha­n, kita mula melihat perkara yang betul berlaku. Jika profil risiko tinggi, anda (pengguna) kena membayar lebih dan jika profil risiko rendah anda (pengguna) perlu bayar lebih rendah,” katanya.

Tarif insurans motor terkawal

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif bersama BH dan Harian Metro di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Lee berkata, dalam tempoh enam bulan lalu, PIAM giat memberi penerangan menerusi media elektronik dan percetakan kepada pengguna mengenai langkah liberalisa­si dilaksanak­an.

Beliau berkata, dengan sesi penerangan dilaksanak­an itu, kekeliruan dalam kalangan orang ramai terhadap langkah liberalisa­si bagi tarif insurans motor adalah terkawal.

“Kami melihat lebih ramai masyarakat mula mengunjung­i laman web PIAM untuk membuat pilihan produk insurans motor ditawarkan syarikat insurans.

“Ada lebih ramai masyarakat menanyakan soalan, tetapi masih ada ramai yang tidak tahu, dari segi kesedaran ia mungkin mengambil masa satu hingga dua tahun, sebelum semua orang sedar dengan makna liberalisa­si itu.

“Apa yang penting bagi pengguna adalah mereka perlu faham apa yang mereka beli,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia