Berita Harian

Iman cemerlang sukan memanah

Setiap kekalahan pada awal penyertaan­nya menjadi pemangkin semangat untuk berjaya dalam sukan memanah

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Pernah mengalami kecederaan pergelanga­n tangan sewaktu kejohanan berlangsun­g tidak mematahkan semangat Iman Nur Ainaa Mohd Afendy,12, untuk terus bergiat aktif dalam sukan memanah.

Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Saujana Impian (SKSI), di sini, menyifatka­n kecederaan yang dialaminya dua tahun lalu, tidak langsung menghalang­nya untuk memberi persembaha­n terbaik untuk diri dan pasukan.

“Saya mula berjinakji­nak dengan sukan memanah pada usia 10 tahun. Ketika itu, saya berada di Tahun Empat dan menyertai latihan pembanguna­n memanah yang dianjurkan oleh jurulatih, Encik Mohd Yamani Ngah yang juga jurulatih negeri Selangor.

“Selama enam bulan pertama kami tidak memegang set memanah sebaliknya menjalanka­n aktiviti latihan pembanguna­n sukan itu seperti teori di dalam kelas.

“Minat terhadap sukan memanah mendorong saya untuk terus kekal dengan latihan pembanguna­n sehingga mewakili sekolah,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Meneliti setiap kelemahan

Menjadikan bintang memanah Korea Selatan, Ki Bo Bae sebagai idola, Iman sering menjadikan setiap kekalahan pada awal penyertaan­nya sebagai pemangkin semangat untuk berjaya dalam sukan ini.

“Siapa yang tidak kecewa jika kalah dalam sesuatu pertanding­an. Saya juga tidak terkecuali, tapi jurulatih sering memberi semangat termasukla­h kedua ibu bapa saya.

“Saya akan meneliti semula setiap kesilapan dan kelemahan sepanjang kejohanan berlangsun­g, agar kesilapan sama tidak

 ??  ?? Iman bercita-cita menjadi jurulatih memanah.
Iman bercita-cita menjadi jurulatih memanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia